Friday, July 29, 2011

Ramadhan bakal menjelma ...

Diam tak diam dah setahun berlalu, Kini Ramdhan bakal menjelma dengan keberkatanya dan yang pasti akan menggamit memori bagi mereka2 yang berpuasa...Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan kepada semua rakan2 blogger yang berama Islam..Selamat menyambut Ramdhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa...

Dan tak lupa juga..kepada semua rakyat Malaysia..Selamat menyambut bulan kemerdekaan dan semoga dengan keamanan yang negara kita nikmati ini..dapatlah kita menunaikan ibadah puasa seterusnya menyambut hari lebaran dan hari kebangsaan dengan aman damai..penuh harmoni...



Thursday, July 28, 2011

Goodbye my princess..Tribute to Princess Prosecutor..


Princess Prosecutor Video Trailer

 
Drama ni baru jer tamat semalam lepas 23 episod bersiaran..Sedih dan terharu sangat..Pastinya aku akan merindui Ma Hyeri dan Seo Inwoo...

 
Ini masa Ma Hyeri gemuk sebelum dia bertukar jadi gadis fashionista


Graduation day..dialah yang paling meriah..



Masa jadi pelatih pendakwaraya..

 


Lepas harungi pelbagai dugaan dalam percintaan..akhirnya mereka bersatu jua akhirnya..ni scene last sekali masa episod akhir..





"Have you ever been in love"
 Princess Prosecutor OST

"Komapsumida"!!
sebab dah menceriakan hari2 yang aku lalui sepanjang 23 minggu ni..

Monday, July 25, 2011

Bila Astro jadi Asterok...

Salam isnin uollss..Emm, aku yakin sangat yang ramai diantara kita yang melanggan servis tv satelit "terunggul" negara Astro...dan pada mereka yang tidak atau tak hingin nak melanggan tu..TAHNIAH aku ucapkan sebab uolls dah buat pilihan bijak demi duit dan perbelanjaan korang sendiri..

Sejujurnya aku ngaku yang aku memang tak boleh hidup tanpa Astro..~maksudnya, aku rela tak tengok tv kalau takder Astro..begitulah kuatnya penangan Astro ke atas diri aku sejak mula2 rumah aku pasang Astro~kira2 10 tahun yang lalu..masa zaman takder Astro dulu elok jahh layan TV1,TV2 dan TV3..tapi itulah..sejak kiri kanan rumah orang pasang Astro, talian telefon rumah lagik..jadi mutu siaran setiap tv free tuh jadi lemah dan  tak cantik..~aku agaklah..nak tak nak..(demi takmau mengaku kalah dengan jiran tetangga..) kami anak beranak pakat2 lah pasang Astro jugak..teruja sangatlah masa mula2 dulu..boleh layan macam2 siaran..ko adoo???




Rasanya dah lama Astro kat rumah aku tak buat hal..last panggil teknisyen datang rumah aku agak2 awal tahun 2005 dulu..tapi baru2 ni..'dia' meragam lerr pulokkk..hari duk elok cerah berah tapi gambar macam CD sangkut2.. hujung2 yang kuarnya .."SERVICE IS CURRENTLY NOT AVAILABLE'..mau tak merengserr..Aku suspect sebab kilat kuat jumaat malam lepas..dengar cam bunyi suis tendang tapi lampu duk elok menyala jahh..sejak dari tuh lerr 'dia' buat hal..


Haishhh..bengang jugak la kan..dah lah time2 hari minggu..aku nak layan citer Korea..then aku call customer servis,seb baik elokk jer dapat cakap dengan operator..pas ngadu lebeh kurang..dia guide aku itu ini macam tu, macam ni..tak elok2 jugak..operator tu cakap kena sent teknisyen chek..bakal melayang RM50 hengget untuk servis cas..tu takper lagik,dibuatnya teknisyen tu kelontong aku cakap rosak macam2..mau tak beratus2 jugak dia cas..

Ramai customer yang kondem dengan Astro yang makin lama makin Asterok..dahlah bil dinaikkan sesedap rasa..yup aku nyerr bil naik 4 hennget bulan ni..mutu servis tak berapa effisyen..asal hujan jer gambar lari~ Ok..,time2 hujan lebeh baik tidor dari ngadap tv..ko nak tv ko kena sambar dengan kilat??
program2 dia pulak asyik diulangtayang...berkali2 sampai orang jadi menyampah..itu belum dengan lain2 cas macam denda lewat bayar bil, penyambungan semula lah...itu ada hati nak tambah saluran dan pakej yang bukanlah best sangat pun..

ko agak2 kat indon sana ada ke dia buat Malay Pek..hiburan melayu sampai pitamm...sajerr jer nak jemput ramai Indon2 duk sesakkan negara kita yang kecik ni..pasni Neng Khatimah, Mbak Suharti..Mas Jhoko Supriyanto nya bagai..sukalah dapat layan sinetron2 tanpa henti..tak gitew??


Pada pendapat aku lah kan servis Astro ni makin lama makin tak effisyen..mungkin sebab takder persaingan..maklomlah berbelas2 tahun menerajui perkhidmatan tv berbayar tunggal negara..Sedar atau tak..Astro dah cekik darah kita sebagai pengguna yang tau bayar bill jer setiap bulan..Kadang2 niat asal kita langgan Astro just nak mutu siaran semua tv cantik dan clear..tapi itulah Astro pandai memperkotak katikkan pemikiran dan minda pengguna dengan
pelbagai pakej dan alasan untuk naikkan bil demi  meraih keuntungan tanpa memperdulikan penderitaan rakyat Malaysia yang bukan semuanya hidup mewah dan penuh exklusif..*tetiba......

Akhir sekali aku rasa Astro elok tukar slogan dia  macam ni..

ASTRO, MEMPERKAYAPKAN HIDUP ANDA...



Friday, July 22, 2011

Dedikasi buat pengomen tegar blog ShazlanShazabi..

Salam jumat uollss..Hari ni mood cam ke laut jerr..ngantuk sehh..sempat gak aku membuta sedas kat sofa sebelum staff2  lain balik dari bacaan yassin kat dewan..lega sikit..

Diam tak diam..dah masuk tujuh bulan aku kembali berblogging..dengan nama baru,wajah baru serta pengisian yang baru..Aku tau blog aku ni nampak cam sedehh jerr kan..aku pun tak suka dengan layout yang meriah semacam..yang simple2 pun dah cukup asal apa yang aku tulis itu sampai ke hati pembaca..Tujuan aku berblogging pun bukan nak kumpul folowwer beribu riban, nak overexpose pasal diri aku nan ado2 jerr ni..bagi aku tujuan sebenar adalah untuk berkongsi rasa, minat,pengalaman dan pengetahuan...Dan aku pun bukan pandai sangat menulis..nak olah2 ayat jadi semua yang aku curahkan kat dalam blog ini luhur dari hati aku..

Jadi entry aku hari ni aku nak mendedikasikan penghargaan buat kawan2 blogging yang selalu singgah dan meninggalkan jejak atau catatan..tanpa mereka maka takder semangatlah untuk aku terus berblogging..dan tanpa mereka jugak..baruku tahu ada gak makhluk Allah yang sudi nyinggah dan baca aku punyerr entry..

So, aku nak kasi rate lah pada mereka2 yg aku maksudkan..
Jatuh pada tempat pertama..;

*Kak Shikin JD*

tempat ke 2;

*EncikReza*
emm dah lama menyepi EncikReza nii..

ke 3 pulak;
*ZackHunter & John *

jatuh di tempat ke 4 ;
*Kak AzahRohaizah*

dan yang terakhir iaitu di tangga yang ke 5;
*Tak lain tak bukan beduaneeta terunggul negra ItamRazali*

Tahniah uolls, tapi takder apa2 hadiah pun aku nak kasi..cuma ucapan ribuan terima kasih yang tak terhingga kerana sudi memeriahkan blog aku yang agak2 suam ni..

Jadi terimalah ciuman manja ala2 diva meletopp..


Muahh..muahh..muahh I lap uOLSSS semua tau...

Dan terima kasih jugak buat silent reader atau kepada yang komen jarang2 tuh..aku pun rajin bukak blog korang jadi korang pun rajin2 lerr singgah blog aku..You follow me, i follow you!!!!!!


Thursday, July 21, 2011

Cuci-cuci mata

Jelitawan Malaysia part(2)


Scha Al Yahya

Maya Karin

Nora Danish

Marsha

Lisa Surihani

Mereka semua jelita menurut pandangan kaca mata aku yang berkaca mata ni..Korang..bagaimana?



Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Dulu jantan..err jantan kew?? sekarang dah tukar jadi perempuan..

Kita sebagai umat Islam..Haram hukumnya mengubah kejadian tuhan ke atas diri kita..walau seburuk manapun kerana setiap penciptaan-Nya akan pasti ada hikmah disebaliknya.

Tapi lain halnya dengan insan2 istemewa yang aku paparkan kat bawah ni..Mereka semua bukannya beriman dengan Allah SWT..atau dengan kata lain menganut agama suci Islam seperti  kita wahai saudara2 seagama denganku..~Maaf kalau ada non Muslim yang terbaca entry aku kali ni..Tiada halangan bagi mereka untuk mengubah penampilan diri atas sebab2 tertentu selagi mereka mampu..Tapi kita yang dah tahu hukum halal haramnya.janganlah diikutkan sangat perasaan tu..kelak musibah melanda diri..siapa yang rugi??..ehhh* tetiba feeling2 ustaz Amirul pulak..

Entry kali ni aku nak berkongsi dengan korang tentang kisah mereka2 yang secara lahiriahnya dilahirkan sebagai lelaki namun disebabkan mengalami masalah kecelaruan identiti lantas mereka mengubah akan kejadian asal mereka sebagai lelaki kepada perempuan..dan mereka2 semua antaranya adalah...

Parinya Jaroenphon a.k.a Nong Thoom..
 Muay Thai kickboxer yang femes sebelum dia melakukan operation tukar jantina pada tahun 1999..Filem Beutiful Boxer 2003 adalah kisah benar mengenai dirinya yang dilakonkan oleh peninju muay Thai yang sebenar..Sekarang aktif sebagai model dan pelakon serta jurulatih Muay Thai..

Nguyen Thai Tai a.k.a Cindy Thai Tai
Menjalani pembedahan tukar jantina pada tahun 2005 di Thailand,dan kini dia merupakan penyanyi popular di negara kelahirannya Vietnam..

Yaron Cohen/Sharon Cohen a.k.a Dana International
mula memondan sejak berusia 13 tahun lagi..tapi dia merupakan salah seorang diva termasyhur kat Israel..

Lee KyungEun a.k.a Harisu
Dilahirkan sebagai Lee Kyung Yeop pada tahun 1975..Model, pelakon dan penyanyi transgender terkenal di Korea selatan.

Saknarin /Treechada Marnyaporn a.k.a Nong Poy
Tukar jantina sejak umur 17 tahun..bajet anak orang kaya dia ni..tak macam transgender lain yang buat plastik surgery sebaliknya Nong poy kekal dengan kecantikkan semulajadinya..
Model,pelakon dan ratu cantik pondan Thailand..

 last sekali...

Kenneth/Caroline Cossey a.k.a Tula
Model kelahiran British..pernah muncul dalam filem James Bond dan merupakan model playboy transgender yang pertama..

Bila kita tengok dorang2 yang dah tukar jantina ni.macam takder cacat celanya sebagai perempuan tapi yang palsu mana dapat menandingi yang ori..selain hidup bergantung dengan pil hormon..mereka juga sering terdedah dengan risiko2 kesihatan akibat pembedahan dan pengambilan pil hormon..

Jadi peponen2 semua ada hati nak buat operation?? Buruk baik ditanggung sendiri..Siapalah aku cuma insan yang hina..tapi niat dihati cuma mahu menasihati..Sesungguhnya yang baik hanyalah dari-Nya..




Tribute to 1st Shop Coffee Prince...



Kdrama popular tahun 2007..gandingan cute Yoo Eun Hye (Go Eun Chan), gadis tomboy yang comel dan Gong Yoo ( Choi Han Keol), hero yang confused dengan perasaan sendiri..



EunChan..seorang gadis ala2 tomboy terpaksa melakukan banyak pekerjaan untuk menanggung kehidupan dia bersama mak dan adik perempuannya setelah kematian ayahnya..Terpaksa merahsiakan identitinya sebagai seorang gadis apabila menerima tawaran bekerja di sebuah cafe yang mana pekerjanya terdiri dari semua lelaki..Dalam diam menaruh hati terhadap boss dia HanKeol yang juga menaruh hati terhadap EunChan tapi lansung tidak mengetahui bahawa EunChan sebenarnya seorang gadis..Jadi cerita ni harus ditonton dengan minda terbuka sebab mengandungi unsur2 homosexualiti yang tak melampau sangat..

 







Gong Yoo

 

Yoo Eun Hye

Lee Un ( 1981-2008 ) RIP



Trivia:
*Drama yang diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama karya novelis terkenal Korea Selatan
  Lee Sun-Mi.
*Disiarkan di Amerika Latin seperti Vanezuela, Colimbia,Ecuador,Peru,Panama dan Mexico 
  dengan judul 'El Principe Del Cafe'..dialihbahasa ke bahasa Sepanyol.
 *Juga pernah dialihbahasa ke bahasa melayu untuk tontonan Malaysia kat saluran Animax.
 *Kedai kopi yang merupakan set utama pengambaran drama tersebut merupakan sebuah kedai
   kopi lama yang terletak di Hongdae dan telah diubahsuai bagi tujuan pengambaran.
 *Model dan pelakon lee Un yang memegang watak sebagai MinYeop~salahseorang crew kafe telah
   terlibat dengan nahas jalan raya yang mengorbankan nyawanya pada tahun 2008.

Monday, July 18, 2011

Mimi mencari cinta


Asyik cerita pasal drama Korea jer kan..nanti ada orang kata aku ni tak padan duk kampung tapi feeling2 tak tengok drama2 tempatan,cerita melayu khasnya..tapi memang pun..

Jadi kali ni aku share satu drama melayu yang pada aku tak kurang hebatnya..jalan cerita best dan yang penting barisan pelakon2 dia mantop2 belaka..tak lain tak bukan "Mimi mencari cinta" yang kini disiarkan kat saluran Astro Warna setiap hari khamis malam..tak ingat pukul berapa pasal aku selalu tengok yang ulangan punyerr..~Pada saper yang tak melanggan pakej mustika usah khuatir..aku bajet mesti bila citer ni habis dia akan siarkan kat saluran Ria atau Prima..macam tu lah kebiasaanya kan..


Cerita ni mengisahkan Mimi gadis berusia 25 tahun,kuat melatah, bermulut lepas dan berkerja sebagai promoter kat pasaraya..mak dia selalu push2 suruh kawen tapi Mimi kalau boleh nak mencari cintanya yang sejati..persoalanya adakah lelaki yang nak dekat dengan Mimi yang kuat melatah tu??

Kat tempat kerja dia pulak selalu berbalah dengan Haikal..Boss baru Mimi yang berlagak dan poyo tapi orang2 tua cakap..lelaki dengan perempuan..jangan selalu bergaduh2..mana tau duk gaduh2, balah2..hujung2 dijodohkan bersama..


Drama berganre komedi yang diarahkan oleh Micheal Ang ni dibarisi pelakon2 handalan seperti Scha Al Yahya (Mimi), Zizan Nin (Haikal), Eliza Razak (Ejay), Amar (Haziq), Sharifah Shahora (Amore) Liza Abdullah (Mak Mimi) dan yang menceriakan suasanan tak lain tak bukan...


Noryati Taib a.k.a Makcik Merry sebagai Makcik Rohana jiran Mimi yang selalu bersaing..takmau kalah dengan mak Mimi....

Aku promote lebih2 ni bukan dapat apa2 pun cuma nak share dengan uolls apa yang aku suka dan minat sajer..Kalau ada hati nak tengok..tengok kalau tak..aku tak rugi apa2 pun kann..


Hahaha indahnyerr hari bila poyo takder kat pejabat....




Laksa Johor..emm boleh lahhhh....

Salam ceria uolss..


Perut tengah berdangdut..sabor jer lah nak tunggu lunch time, then boleh pulak tetiba nak update entry pasal makanan nih..emmm..

Korang yang bukan orang2 Johor pernah tak makan laksa Johor?? Aku pun bukan orang Johor tapi selera aku pelik sikit..suka try masakan yang bukan kebiasaanya aku makan..Jadi hari minggu lepas..dengan semangat dan keazaman yang membara..maka gigih lah aku mengugel resipi laksa Johor kat internet..then terhasillah laksa Johor yang tak berapa Johor kaedahnyerr..emm sebab ianya dimasak kat Pahang lah kann...Rasanya aku tak pasti 100% sama dengan rasa laksa Johor yang original..yang pasti..ianya boleh ditelan oleh sang bedal~ aku lerr tuh..kira oklerrr...


My version of laksa Johor..ready to be serve and eat..by me lorrr...

Laksa sememangnya  telah menjadi salah satu hidangan atau masakan kegemaran aku tak kiralah time raya, jamuan atau bila2 masa pun..Laksa ada banyak jenis kan..ada laksa Penang, laksa lemak, laksa nyonya dan pada aku Laksa Johor ni ada keunikannya yang tersendiri dari segi rupa, rasa dan cara nak makan..

Laksa Johor tak menggunakan mi laksa sebaliknya digantikan dengan mi speghetti..kuah dia pulak..adalah campuran dari pelbagai ikan seperti ikan parang, mackerel atau sardine dan tak lupa juga isi udang..nak lagi unik..serbuk kari dan kerisik digunakan untuk menambah rasa dan kepekatan kuah..
Laksa kalau tak makan dengan ulam macam tak sah jer kan..jadi untuk ulam2 laksa Johor sama seperti laksa2 yang lain..ada timun, taugeh, asam limau..etc..tapi nak tambah kaww, letak pulak sesuku sudu sambal belacan..pehhh harus ting tong lepas tu uollss..

Sama seperti laksa Pahang..laksa johor dimakan dengan barehand cam makan nasik lah kan..no spoon, no fork yerr..nak lagi nikmat katanya..mula2 aku try rasa cam susah jerr..tapi bila dah ok rasa tak puas pulak makan pakai sudu garfu bagai...

Dari segi rasa, bagi aku laksa jenis kuah asam cam laksa penang is still number 1..bukan nak kata laksa Johor tak sedap..cuma ia agak muak dan masih baru lagi untuk selera aku..tapi tak rugi aku mencubnya uolls..kira berbaloilah effort aku ke atas experimen aku yang pertama ni..

Manalah tau ada kerajinan boleh aku tukar menu hari raya nanti..asyik2 laksa Penang orang dah biasa sangat..sekali sekala..kita tukar selera pulak..ehehe.





Friday, July 15, 2011

Ratu-ratu cantik Malaysia...

Just nak share beberapa pic bekas2 ratu cantik Malaysia World/Universe dari era 70'an,80'an,90'an dan sehingga kini..Antaranya:

Josephine Lena Wong Jaw Leng a.k.a Datin Josephine Fonseka
Miss Malaysia Universe 1970

Yeoh Choo-Kheng a.k.a Dato'Michell Yeoh
Miss Malaysia World 1983
Malaysia born Hong Kong/International film diva..

Fazira Wan Chek a.k.a Erra Fazira
Miss Malaysia World 1992
Penyanyi dan primadona filem melayu

Angelina Teoh Pick Lim a.k.a Lina Teoh
2nd Runner up Miss Malaysia World 1998
Play Susan in Kopitiam..
 
Elaine Daly
Miss Malaysia Universe 2003
Model,pelakon,pengacara dan peguam

Andrea Veronica Fonseka
Miss Malaysia Universe 2004
Pelakon, pengacara, model di Malaysia, Singapura dan Australia..
Anak bongsu datin Josephine Fonseka..

Jadi yang mana paling cantik di antara yang ratu2 yang dah memang cantik ni...?? emmm..

Thursday, July 14, 2011

Baju batik..Kek batik...


As'salam buat korang kawan2 bloggingku yang di rahmati sekalian..

Hari ni hari khamis..dan hari khamis biasanya staff2 gomen macam aku tak kira lelaki, perempuan dan apa bangsa sekalipun..kena pakai baju batik..Ya ampooon!!! sungguh segak dan menawan kalbu sekalss bila aku tengok jejantsss..errr tak kiralah kalau perempuan sekalipun bila mengenakan baju batik..Tujuan pemakaian batik adalah untuk mengetengahkan warisan kesenian negara kita..Dalam pekeliling perkhidmatan awam pun sudah termaktub bahawa pemakaian baju batik adalah wajib bagi kakitangan kerajaan pada setiap hari khamis..Batik Malaysia yerr uolls, bukan batik Indon..Tak taulah pulak korang yg kerja2 private kompeni kann..Tapi tak salah kalau nak pakai sebab aku rasa ianya tak melanggar etika berpakaian di pejabat pun..


Speaking of baju batik..gewtuhhh!! ini ada lagi satu cerita..pasal batik tapi bukan baju sebaliknya kuih yang biasa korang panggil kek batik..pernah makan tak?? kalau korang tak pernah makan..memang sedihlah kehidupan korang ..Pasal kek ni senang banget nak bikin..bahan2 dia pun tak serumit mana..Cuma biskut merry, milo, dan susu sebagai bahan asasnya.

Taadaaaa!!! let me introduce..my version of kek batik with my own secret recipe..ko ado??
hahahaha...


Kelmarin aku ada bawak kek batik~sikit jerr..kat Opis..Then semalam my opismate request suruh bawak lagi..siap sponser milo dan biskiut merrie pantry opis punyer..so why not...nak buat bukanya susah mana..kacau2 jer dalam periuk atas api..nah !! siap..Rasanya jugak sedap penuh berkrim dan disukai ramai..


Pasal dah lama tak buat..kek yang sebelumnya agak lembik..ntah resipi sapa yang aku ikut..suruh taruk telur...sajer jer nak test kot2 jadi lebih sedap dan shantek..hujung2 adoo..tapi asal boleh dibedal..kira ok jerlah kan...

Then semalam aku oter lebih kurang sikit baru jadi lebih padat dan crunchy gewtu...tapi harus diingat..kuih ni memang lah sedap tapi jika terlebih makan..nanti rasa muak dan yang tak tahanya SEMBELIT!!!