Salam isnin uollss..Emm, aku yakin sangat yang ramai diantara kita yang melanggan servis tv satelit "terunggul" negara Astro...dan pada mereka yang tidak atau tak hingin nak melanggan tu..TAHNIAH aku ucapkan sebab uolls dah buat pilihan bijak demi duit dan perbelanjaan korang sendiri..
Sejujurnya aku ngaku yang aku memang tak boleh hidup tanpa Astro..~maksudnya, aku rela tak tengok tv kalau takder Astro..begitulah kuatnya penangan Astro ke atas diri aku sejak mula2 rumah aku pasang Astro~kira2 10 tahun yang lalu..masa zaman takder Astro dulu elok jahh layan TV1,TV2 dan TV3..tapi itulah..sejak kiri kanan rumah orang pasang Astro, talian telefon rumah lagik..jadi mutu siaran setiap tv free tuh jadi lemah dan tak cantik..~aku agaklah..nak tak nak..(demi takmau mengaku kalah dengan jiran tetangga..) kami anak beranak pakat2 lah pasang Astro jugak..teruja sangatlah masa mula2 dulu..boleh layan macam2 siaran..ko adoo???
Rasanya dah lama Astro kat rumah aku tak buat hal..last panggil teknisyen datang rumah aku agak2 awal tahun 2005 dulu..tapi baru2 ni..'dia' meragam lerr pulokkk..hari duk elok cerah berah tapi gambar macam CD sangkut2.. hujung2 yang kuarnya .."SERVICE IS CURRENTLY NOT AVAILABLE'..mau tak merengserr..Aku suspect sebab kilat kuat jumaat malam lepas..dengar cam bunyi suis tendang tapi lampu duk elok menyala jahh..sejak dari tuh lerr 'dia' buat hal..
Haishhh..bengang jugak la kan..dah lah time2 hari minggu..aku nak layan citer Korea..then aku call customer servis,seb baik elokk jer dapat cakap dengan operator..pas ngadu lebeh kurang..dia guide aku itu ini macam tu, macam ni..tak elok2 jugak..operator tu cakap kena sent teknisyen chek..bakal melayang RM50 hengget untuk servis cas..tu takper lagik,dibuatnya teknisyen tu kelontong aku cakap rosak macam2..mau tak beratus2 jugak dia cas..
Ramai customer yang kondem dengan Astro yang makin lama makin Asterok..dahlah bil dinaikkan sesedap rasa..yup aku nyerr bil naik 4 hennget bulan ni..mutu servis tak berapa effisyen..asal hujan jer gambar lari~ Ok..,time2 hujan lebeh baik tidor dari ngadap tv..ko nak tv ko kena sambar dengan kilat??
program2 dia pulak asyik diulangtayang...berkali2 sampai orang jadi menyampah..itu belum dengan lain2 cas macam denda lewat bayar bil, penyambungan semula lah...itu ada hati nak tambah saluran dan pakej yang bukanlah best sangat pun..
ko agak2 kat indon sana ada ke dia buat Malay Pek..hiburan melayu sampai pitamm...sajerr jer nak jemput ramai Indon2 duk sesakkan negara kita yang kecik ni..pasni Neng Khatimah, Mbak Suharti..Mas Jhoko Supriyanto nya bagai..sukalah dapat layan sinetron2 tanpa henti..tak gitew??
Pada pendapat aku lah kan servis Astro ni makin lama makin tak effisyen..mungkin sebab takder persaingan..maklomlah berbelas2 tahun menerajui perkhidmatan tv berbayar tunggal negara..Sedar atau tak..Astro dah cekik darah kita sebagai pengguna yang tau bayar bill jer setiap bulan..Kadang2 niat asal kita langgan Astro just nak mutu siaran semua tv cantik dan clear..tapi itulah Astro pandai memperkotak katikkan pemikiran dan minda pengguna dengan
pelbagai pakej dan alasan untuk naikkan bil demi meraih keuntungan tanpa memperdulikan penderitaan rakyat Malaysia yang bukan semuanya hidup mewah dan penuh exklusif..*tetiba......
pelbagai pakej dan alasan untuk naikkan bil demi meraih keuntungan tanpa memperdulikan penderitaan rakyat Malaysia yang bukan semuanya hidup mewah dan penuh exklusif..*tetiba......
Akhir sekali aku rasa Astro elok tukar slogan dia macam ni..
ASTRO, MEMPERKAYAPKAN HIDUP ANDA...
No comments:
Post a Comment