Thursday, April 21, 2011

Keluh kesah si bujang trang tang tang.....


Bila bukak FB tengok member-member bertunang, kawen, beranak pinak..pose2 manja dengan anak masing2..terdetik jugak perasaan jeles bila tengok diorang dahpun melalui satu lagi fasa dalam kehidupan iaitu berumah tangga dan hidup berkeluarga.sedangkan aku masih lagi jomblo atau boleh dikatakan sebagai bujang terlajak..erkk,sesuai???

Dalam meniti usia remaja nan senja nih..aku sering diasak dengan soklan yang sangat2 merengserkan..."bila ko nak kawen??"..ayooo, takder jawapan lain yang mampu untuk aku luahkan selain, "takder jodoh lagi, takder duit atau belum bersedia"..Kadang2 aku terfikir jugak selama nih diorang tak perasan ke aku nih orang yang macamana..adakah aku terlalu coverina di khalayak umum..??? atau diorang sesajer nak  usik aku..ntahlah, makin dilayan, makin menjadi2 plak so biasanya aku buat acuh tak acuh jer..


 Pada fikiran aku, kawen bukanlah satu jaminan kepada kebahagian hidup berkekalan..bukan meminta tapi ramai yang kawen hujung2 bercerai berai jugak kenn...

Deepdown inside, aku juga seperti insan2 lain yang punya perasaan dan keinginan untuk berkongsi hidup dengan insan yang aku kasihi dan kuchentaiiiikk.. tapi aku sedar siapa aku..aku tak sesempurna orang lain dan aku juga tak punya apa2..rupa mahupun harta..gitew..tapi aku tetap redha dan pasrah dengan segala ketentuan-Nya dan tak pernah walau sesekali aku menyesali dengan takdir aku dijadikan begini..uhuuuu *tetiba teremosional plak..kenn, ialah..aku memang boleh terima keadaan diri aku tapi yang menjadi persolannya,adakah orang2 disekeliling aku, boleh faham atau dapat terima akan situasi kehidupan yang aku lalui..??



Pada aku lah..kawen bukan sekadar untuk suka2..sedap2 buat anak..tapi lebih kepada komitmen lagi2 orang lelaki yang bakal jadi pemimpin sebuah keluarga..sedangkan diri ko pun masih terumbang ambing masakan ko nak bimbing anak bini ko nanti kan...~tapi ada orang cakap tanggungjawab dan komitmen tuh akan lahir  naturally bila dah kawen..ntahlah, pendapat orang..~


 Sewarok2 mereka..tapi mereka tetap berkawen..uolls,ko mampu?? tak ke sentap tuhh..

 Sesekali aku berdoa kepada yang maha kuasa semoga permudahkan setiap langkah hidup aku sebab sedari kecik sampai sekarang hidup aku tak habis2 diuji..InsyaAllah dengan keizinan-Nya juga aku akan mencari serta mendapatkan kebahagiaan hidup aku sendiri dengan cara aku yang tersendiri..

 Ya Allah..jadikanlah aku insan yang kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan ini..Sesungguhnya ujian yang telah kau tetapkan ke atasku adalah teramat berat yang tak mungkin bisa dipikul oleh setiap insan..Amin..

Akhir coretan, jika Allah itu mengkehendakkan aku kawen maka kawen lah aku walau apa cara sekalipun..jika bukan takdir aku untuk hidup berpasangan maka aku redha dan terima dengan penuh ikhlas..Aku sentiasa percaya yang setiap tuhan tentukan pasti ada hikmah disebaliknyerr..tak gitew??



7 comments:

  1. Cedeynye adik akk ni,
    Meh kite meraung berduet...
    Huwarrghhhhhhhh !!!!! *guling2*

    ReplyDelete
  2. wa doakan hang bertemu kebahgian yg di cari.. berserah je la pada-Nya..

    ReplyDelete
  3. alalala..sedey sangat ker cerita saya ni kak shikin???

    zack, thanks bro..gua hargai kata2 ko tuhh..

    ReplyDelete
  4. sian uolss..kita senasib..cuma bezanya, aku drive kete import..bleyyy..???...*hugs*

    ReplyDelete
  5. ye kita senasib tapi aku rasa aku lebih santekk dari ko..muahaahaaa..*aku tak pernah heran orang lain pakai keter impot atau local..kecuali keter tu kaler kuning...baru aku ternganga!!!

    ReplyDelete
  6. Shazlan,

    Apa kaitan keta kuning?
    Yg akk tkt kalo jumpa keta kuning Wolkwagen
    otw ke Utara....seremmmmmmm


    Tam,

    Keta import katanyer...

    Import dari India ker? Hahahaha

    Larikkkkkkkkkk.....


    **hug2 kiss2 muah utk gadis2 sunti yg shantek2 ni**

    [sunti ke sentil, muahahaha]

    ReplyDelete
  7. saya ni penggemar kaler kuning especially kuning2 najis...

    Keter india pun tetap import kaedahnyerr kak shikin...

    ReplyDelete