Thursday, March 31, 2011

Pintu bilikku rompong lagik!!!


Hal2 macam ni paling tidakpun setahun sekali aku yakin pasti akan terjadi....

Alkisah terjadinya insiden yang merengserkan ni..bila aku kuar bilik nak pergi gym kekononnyerr..tup2..perasan yang kunci segala kunci tertinggal lam bilik sedangkan pintu dah pun terkunci..ah sudayhhh!! cuak jugak aku  pasal time tuh takder sapa2 kat dalam rumah..matiklahhh!

Then, akupun kuar jugak nak pergi rumah CC admin dengan harapan dia boleh kasi aku kunci spare..~terpaksa buat muka sposen nihh~..panggil punya panggil..ketuk punya ketuk..haremmm langsung tak berjawab.Takder kat rumah kali...So dengan perasaan hampa aku pun balik semula ke rumah dan nekad tuk pecahkan sajer tombol yang kejam tu dengan anak lesum~confident nih pasal dulu pernah buat dan hasilnyerr menjadik!

Duk gigih2 ketuk benda alah  tuh, tak *mboh2 jugak..ialah aku bukanyer pakar sangat dengan hal2 macam nih..nak tak nak terpaksalah aku panggil Hosmet aku Naza a.k.a Mr.Handyman dalam rumah nih..yang pada ketika itu sedang enak menikmati waktu tidur petangnya...Sorry bro..


Then dengan confidentnyerr dia memulakan operasi godek menggodek tombol pintu jahanam tuhh tapi *xmboh2 jugak..camano?? dia kata tombol tue dah parah masa aku mula2 ketuk tadi..dan menurut beliau lagik, cuma ada satu jer cara untuk kekah tombol tu asal sanggup aku lakukan apa sajork janji dapat masuk balik dalam bilikku sorga ku ittew...

Suka tak suka hampir separuh rumah kat blok perumahan aku tuh aku ketuk, bagi salam semata2 nak carik tukul kuku kambing tapi hampa..sorang pun tak jawab..tak dengar ke hapa tak tahulah aku...~kann semangat kejiranan sangat..


Mujurlah sangat last2 aku nak try satu rumah ni..terserempak pulak dengan CC kewangan yang kebetulan baru nak kuar..then aku tanyalah kalau2 dia ada barang yang aku carik tuhh, dan Alhamdulillah dapat jugak tukul hikmat yang aku carik2 ittew..

Dengan adanyer benda alah tuh, dengan mudahnyer Naza mengekah lantas mencabut keluar tombol kejam yang dah punah jahanam tu..Syukur alhamdulillah sekali lagi, setelah hampir satu jam setengah gigih berusaha akhirnya berjaya jugak...
Maka dengan niat ikhlasnya aku bagi Naza a.k.a Mr Handyman ittew tadi sebijik mangga masak ranum yang dibeli kat kedai Ah Kau sebagai tanda terima kasih..

Ok moral of the story..pas ni tobat aku pi buat terus kunci spare dan  kita tak boleh terlepas dari bersikap *koya..aku tau benda ni buat kita jadi sentiasa alert yang kadang2 malang datang tanpa disangka2..gitew.

Buat masa nih pintu tu dibiarkan *rompong..sementara nak minta tombol baru kat juruteknik tersantekk kat sini..Cik Zila Bakrin..matiklahh bodek awal2..alah dia bukan baca blog aku pun.Lagipun takder sapa nak skodeng aku..atau ader ker yang nak skodeng???

p/s :*xmboh-tak jadi/tak boleh..
       * Koya-khayal/berangan
       *Rompong-rongak/terbukak




Tuesday, March 29, 2011

Aku dah semakin hilang mood dengan kelab koir....

Aku suka sangat menyanyi..tiap2 hari aku menyanyi tak kira dalam toilet..kat dapur even nak tido pun aku sempat menyanyi..dan aku pandai nyanyi  lain2 lagu selain lagu melayu dan omputes...

 Walaupun aku tau yang aku cuma syok sendiri..suara aku out of tunes..note aku jugak selalu lari ...dan aku dahpun hilang semangat untuk terus bersama pasukan Koir..lalalalalalala!!!!!!!!!!!

Bencinyerr dengan judges AI....


Sepatutnya si Casey Abrams dah tersingkir minggu lepas kerana undian rakyat Amerika yang kejam tu tak menyebelahinya..tapi dia bernasib baik bila judges yang cambest jer tu kasi dia peluang untuk stay..eehh menyampah tau..kenapa dia tak kasi peluang tuh kat Karen atau mana2 girls yang akan tersingkir nanti...benci aku!!

Casey Abrams..contoh bakat mengatasi rupa..

Tapi tak dinafikan persembahan Casey malam tuh memang outstanding dan dia ada ciri2 seorang penghibur..menurut pandangan aku larr..cuma rupanya yang kurang elokss tu jer yang buat aku tak memilih dia sebagai faveret idol this year..

Stefano ni dah lah elokss, kendu pulak tuhh tapi sayang suara dia tak berapa best..nyanyi pun lite2 jerk...

 Minggu ni dua orang bakal tersingkir..matilahhh  minngu lepas Thia Megia berada dalam kelompok bottom 3...Kalau girl jugak yang tersingkir.alamat aku dah tak mempercayai Amerika lagi dalam membuat keputusan gituhh!!

Adakah Thia bakal tersingkir minggu nihh??

Tapi aku masih berharap kalau mamat ni yang akan berangkat pulang...

 Jacob Lusk
Lihatlah senyumannya yang menggoda jutaan rakyat Amerika untuk mengundinya..uhh tolonglah..still for me, u r Fantasia wanabe...

P/s Kejelitaan Jlo pada malam penyingkiran minggu lepas memang sangat2 terserlah...nampak sweet and innocent jer..walaupun~

Wednesday, March 23, 2011

Princess Prosecutor....


Ma Hye-Ri, seorang gadis yang mempunyai tahap IQ 168 dan daya tumpuan yang tajam sehingga membolehkan dia lulus exam kelayakan untuk jawatan sebagai pendakwaraya..


Semasa majlis graduasi, Hye ri berjaya meloloskan diri dari menghadiri bengkel semata2 tidak mahu melepaskan peluang untuk ke majlis lelongan kasut mewah Grace di hotel resort ski..namun nasib malang menimpa apabila keretanya diceroboh pencuri..dan pelbagai lagi insiden malang yang menimpa dirinya, tetapi kejadian2 malang ni membawa kepada pertemuan dengan bakal kekasihnya..Seo In-woo,seorang peguam dan Yoon Se-joon..lelaki yang diminatinya dan juga bakal seniornya sendiri.


Menjadi seorang yang fashionable, dan berpegang pada prinsip bahawa hidup bukan untuk bekerja semata2 membuatkan Hye-ri dipandang berbeza oleh senior2 di firma pendakwaraya tempatnya memulakan tugas..Hye-ri gemar membeli-belah dan berhibur dari mengorbankan masanya untuk bekerja sehingga lewat malam..


Kerana bersikap begitu, Hye-ri dianggap tidak bertanggungjawab, dan lalai dalam menjalankan tugas sehingga diberi gelaran seperti dungu serta NCP ~night club prosecutor~ ..Dikatakan juga bahawa Pendakwaraya Yoon yang melatihnya berputus asa dengan sikap sambil lewanya lantas sering diberi kes2 kecil atau tiada langsung kes untuk dikendalikan olehnya.


Sehinggalah suatu hari apabila Hye-ri dapat tahu yang rahsianya tidak hadir ke bengkel dan berada di resort ski terbongkar..Sedar akan kelalainnya dan tidak mahu dipandang rendah oleh pendakwaraya2 senior yang lain,Hye-ri bangkit memperbaiki kesilapanya serta menunujukkan kehandalan sebenarnya dalam mengendalikan kes..Dan akhirnya Ma Hye-ri menjadi seorang pendakwaraya yang berkaliber dan dipandang tinggi.... 

GLAM nyerrr aku!!!!.....

Awal ni taklah kendu sangat tapi suka tgk dia bergaya..ohh dialah ikon lelaki stylo ku...

Terujanya..aku dah dapatkan GLAM edisi lelaki cover Awal Ashaari..meriah tau..Tapi tak sempat baca lagi walaupun dah 2-3 hari lepas aku beli kat kedai Rama..~ sibuk minggu ni strett OT dan menguruskan rumah tangga lagik..matilahhh!! statement. Aku dah collect GLAM lelaki ni sejak cover Stephen Rahman lagik..walaupun isinya  taklah menarik sangat tapi saja nak feeling2 Glam gituh..padahal~

ps/ sajerlah nak jenguk2 latest fesyen..branded stuff,gaya lelaki metro terkini..walaupun aku bukannya mampu nak ikut semua benda alah tu..tapi tetap feeling..ada aku kesah?

Tuesday, March 22, 2011

Owhh AMERIKA kenapa kau begitu Kejammm!!!

Ehehhh sajerlah nak propahhh kann,  takder apa2 pun sebenarnya..cuma nak citer pasal ep.American Idol (AI) minggu lepas, bila Amerika menyaksikan sorang lagi cewek tersingkir gara2 undian yang kejam itu tidak menyebelahinya...Tapi kalah tak bererti mengalahkan...

Ashton Jones tersingkir pada minggu pertama top 13

Diikuti oleh Diva Latina Wanabe nih..Karen Rodriguez..

 Semoga bakat dorang yang dah tersingkir ni tak dipersia2kan..gelaran Idol bukanlah tiket semata2 untuk mengejar impian sebalik realitinya, usaha dan kerja keras adalah penentu segala kejayaan..ehh boleh??

Stefano Langone
Walaupun aku minat jugak kat mamat Italiano nih tapi aku harap yang juara AI tahun ni adalah perempuan..


Dan semestinya satu2nya wakil asian, Thia Megia menjadi pilihan..tak padan dengan usia yang muda tapi punya bakat dan suara yang superb..tak lupa jugak wajahnya yang imut2 tuh..i like!!

p/s:Minggu ni sapa pulak agak2nya yang tersingkir? kalau guys..aku harap2 yang negro tuhh..Jacob Lusk atau mamat yang berjambang tuhhh..baru aku puas hati.
so Amerika jgn lah kejam sangat..sila undi peserta2 pempuan banyak2 yea..


 




Saturday, March 19, 2011

Hari lahir aku yang ke 29 tahun....

Hari ni genap aku berusia 29tahun...Rasanya cam baru semalam aku sambut harilahir aku yang ke 19tahun~the best besday yang pernah aku sambut~



Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya menitipkan kehidupan serta kesihatan yang baik2 ke atas aku selama ni walaupun pelbagai dugaan yang terpaksa aku tempuhi~ dah namanya kehidupan, tak akan pernah lepas dari cubaan dan dugaan.

Dan aku juga berharap semoga kehidupan aku pada hari2 yang mendatang akan lebih meriah, dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang serta dimurahkan rezeki..InsyaAllah.

Dengan bertambahnya umur aku pada hari nih, aku harap juga aku akan jadi lebih matang dan positif  dalam menjalani setiap detik kehidupan aku di dunia ini..Amin.



Thursday, March 17, 2011

Ku Redha Sendiri....


Klthsom penyanyi yang popular dengan lagu "Ku redha Sendiri" di awal tahun 90'an..Merupakan bekas finalist Bintang RTM 1985  dan seangkatan dengan penyanyi tersohor negara, Ramlah Ram..Bintangnya bersinar tidak lama di persada industri muzik tempatan dan dengar khabarnya beliau kini dah jadi mak andam di sekitar Johor..

wajah dulu-dulu...


Penampilan sekarang...
namanya dikenang sampai sekarang kerana keunikan ejaan namanya yang lain dari yang lain...

Harapan semoga Klthsom akan sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburinya kini dan berbahagia bersama keluarga tercinta..Lagu " Ku redha Sendiri" nyanyiannya walaupun agak retro tapi aku tetap minat dari dulu sampai sekarang....Kerana bila mendengarnya terimbau seribu kenangan masa kecik2 dulu...

Wednesday, March 16, 2011

Sesekali aku berharap....


Aku cuma berharap untuk memiliki hosmet2 yang pembersih, rajin mengemas rumah, pandai memasak, kendu, meletop dan gila-gila....
 
Kalau tidakpun sekurang-kurangnya hosmet aku ialah 'kakak-kakak', mak hayam serta diva2 anggun yang serba serbi rajin masak mengemas,menghias rumah bagai, bolehh??
 
Macam tu lah..keinginan manusia tak pernahnya puas..:P Bukannya hosmet2 aku yang sekarang ni teruk2 belaka..cuma kadang2 aku makan hati dengan perangai2 dorang yang selalunya lepas tangan dalam hal2 berkaitan kebersihan ,penjimatan bil dan urusan perbelanjaan rumah....
                                                                   
Adakah disebabkan kerajinan dan keperihatinan aku yang tahap2 oshin ni yang membuatkan dorang berperangai begitu..?                                                         

Kann..Oshin la sangat...

Bayangkan sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, lantai bersepah dengan habuk korok,kulit kuaci..heater,lampu dan fan dibiar pasang tidak bertutup....sapa yang tak meroyan??
~kebiasaannya  bila aku balik dari hometown after weekend break~
 
 


Kalau nak kata sememangnya perangai lelaki macam tuhh...aku pun lelaki what?? ~walaupun~...yang aku tak faham tu kenapa susah sangat untuk dorang faham akan tanggungjawab masing2 dan semuanya kalau boleh nak letakkan beban ke atas bahu aku semata2...Kadang2 tuh aku terfikir jugak,kalau lah aku dah tak duduk sama dengan dorang...camaner la gamaknya keadaan rumah nih??
 
 
Aku taulah aku ni rajin tapi bukan tiap2 hari aku boleh bersihkan rumah..korang kerja aku pun kerja jugak...
 
Walaubagaimanapun baik buruk, perangai hosmet2 aku ni..aku kena terima seadanya..sebab kita semua bukanlah insan2 yang sempurna...dalam kebanyakan masa hanya kesabaran yang jadi teman setia..dan yang penting masakan aku mampu untuk tinggal sendirian..sok lusa bila aku susah dorang jugak tempat aku mengadu...gitu..

 
p/s: Walaupun segala jasa2 yang aku curahkan selalunya dipandang se-
pi, tapi aku tetap puashati bila keadaan rumah bersih dan selesa untuk diduduki...semuanya hasil usaha aku sendiri.









Tuesday, March 15, 2011

Juara Hidup Untuk Menari.....

Bestnya pasangan cilik ni menang  "Live to Dance"..aku memang dah agak yang kelincahan serta kegedikkan dorang menari berjaya mencuit jutaan rakyat Amerika untuk mengundi mereka sebagai pemenang....

 D'Angelo & Amanda..Juara "Live to Dance" 
 
Saat-saat mendebarkan apabila menunggu keputusan Undian..
 
Kendall Glover..tempat kedua..jadilah ekk.

Pasangan balet, White Tree Fine Arts..tempat ke 3

 
Diharapkan dengan kemenangan dorang, akan menjadi inspirasi kepada sesiapa jua untuk mencapai impian dan mengetengahkan bakat yang ada..

p/s : tak sabar nak tunggu untuk 2nd season..agak2 ada ke??


Thursday, March 10, 2011

Kenapa aku suka tengok citer Korea......

Jika sebelum ni masa Winter Sonata, Autumn In my Heart, Stairway To Heaven, tengah meletop, aku langsung tak ambik kesah pasal aku tak minat dengan citer2 Korea..Masa tu aku fikir ada apalah sangat dengan orang2 Korea yang putih melepak dan bermata sepet...tak taste lansung..Lebih2 lagi bila ia dialihbahasa ke bahasa cina.

Tapi sekarang dah lain..Sejak Astro ada saluran KBSW..aku try la jenguk2 then layan satu drama nihh..dan tak sangka aku boleh feeling dan terus follw drama ni. 


Term Of Endearment & The Golden Apple, antara drama Korea terawal yang aku follow..



Sebab2 kenapa aku suka tengok citer Korea;

*Opkos lah dia punya hero dan heroin yang cun dan meletop..dorang semua nampak mulus dan perfect..sebenarnya aku tau itu semua plastik~orang korea memang obses dengan plastic surgery~

 

Jae Hee, Han Ga In, Won Bin..minat sangat2 kat dorang nih!!

*Latar tempat yang menawan kalbu..
Korea memang sebuah negara yang cantik,indah dan permai jika dilihat dalam kebanyakan drama..yang penting negara dorang ada musim winter..

Sampai kadang2 tuh aku berangan kan best kalau ada orang yang nak spedo aku makan angin kat Korea..bolehh???

*Jalan citer yang segar dan tak meleret2..
Tak macam citer2 Indon atau Pinoy,episod beratus2 sampai jalan citer jadi merapik2..macam drama melayu..citer Korea paling panjang pun mungkin dalam 20-30 ep atau kurang dari tuh..taklah kita jemu nak tunggu ending dia..

*Orang Korea sangat pandai bergaya..
Yup..kebanyakan dorang stylista dan stylo...sense of fashion dorang sangat tinggi..samalah dengan aku walaupun aku taklah berfesyen mana punnn..



nasib lah aku duk kat tempat sejuk..boleh gak feeling2 pakai macam dorang..dengan kot..sweater.kain lilit2 kat leher..korea lah sangat kononnya..

*Lagu2 OST dorang bayak yang best2 dan boleh layan..
~aku pun dah pandai nyanyi 1-2 lagu Korea dari OST drama yang aku tengok....~

Dalam kita asyik mengagung2kan produk luar..drama2 tempatan jangan dilupakan terus..dan aku akui drama2 kita pun ada yang best2 malah semakin bagus..kira sama taraf dengan drama2 asia lain..cuma sejujurnya aku kurang feel bila tengok citer melayu dan aku pun bukannya selalu duk ngadap depan tv..

Lastly..kalau korang tanya nama2 pelakon atau penyaniy Korea..Haremmm satu pun aku taktahu..( hanya boleh sebut sorang dua jer..itupun yang betul2 aku minat ) sebab aku bukanlah gila korea macam  kebanyakan budak2 sekarang nih..~Handphone dan notebook aku jenama Korea tau...uhuhhh~

p/s: dalam 2 tahun lepas tempat aku selau ada visitor dari Korea tapi sekarang dah tak mai dah..aku baru jer nak tunjuk skill aku cakap bahasa diorang..Anyohaseo..Srangheo..kamsahmnida!!!! :)








Tuesday, March 8, 2011

Aku benci bila jatuh tangga..ehh cinta....


Dulu pernah sekali aku tangkap chenntan dengan seseorang tuh..seseorang yang pada aku biasa2 jer..tapi ntah kenapa pagi,petang,siang malam asyik teringat kat dia jerr..Dah nama pun satu tempat kerja, kalau sehari tak nampak batang hidung dia, rasa cam serba tak kena..macam takder mood jer nak kerja..atau mungkin juga tujuan aku kerja kat situ adalah kerana dia..??

Tapi apakan daya, aku hanya mampu memendam rasa..Sebab aku tahu perasaan aku ni tak akan kemana2..Dan siapalah aku di sisinya..hanya seorang kawan biasa...Bila pendam punya pendam hujung2 aku jugak yang merana, tapi nak buat macamana??

5-6 Tahun pun berlalu, aku saban hari semakin dapat melupainya..dan aku anggap peristiwa tu sebahagian dari lipatan sejarah hidup aku..~Walaupun sekali dia muncul balik dalam hidup aku tapi itu cukup buat aku mengerti siapa sebenar akan dirinya...Perasaan cinta tu semakin pudar dan semakin lenyap..~ Kalau terjumpa dia sekalipun aku just say hai..dan paling tidakpun kami minum bersama..itu dulu....

Tapi kini, pada waktu dan ketika ini, perasaan itu kembali mencuit hati..datangnya secara tiba2 dan tanpa dipinta2 atau dipaksa2...
Bukan aku tak cuba..tapi semakin aku lari semakin kuat rasa yang membara..~ kadang2 aku dapat rasakan dia juga punya rasa yang sama~Aku tau aku tak patut punya rasa cinta ini terhadap dia sebab antara aku dan dia, dunia kami nyata jauh berbeza..
Itu yang buat aku benci bila jatuh cinta..orang lain mungkin akan merasa bahagia tapi aku pulak hanya merana dan kecewa..Aku tak tahu sampai bila? tapi aku harap aku mampu untuk melupakan dia..kadang2 tu, ada gak aku terfikir..adakah ini cinta ataupun nafsu semata2..?

Friday, March 4, 2011

Aku masa kecik-kecik dulu....

 
Membesar sebagai kanak2 pada zaman lewat tahun 80'an dan awal 90'an..aku rasa taklah seberuntung mana jika nak dibandingkan dengan budak2 era milenium nih..Lebih2 lagi jika membesar sebagai budak kampung yang pada aku serba kekurangan.Masa tu mana ada kemudahan macam sekarang..Jangan kata handphone, telefon pun takder..apatah lagi internet, Astro, vcd/dvd player..PS2 ke PS3..kalau rumah dia ada video game atau brickgame  pun dah kira gempak sangat time tu...dan seingat aku lewat 80'an jugalah kampung aku dapat elektrik 24 jam..kalau tak sebelum tuh siang2 memang takder karen.

 

Aku seperti kebanyakan budak2 yang lain, tak pernah lari dari bersikap nakal dan degil..walaupun aku tahu aku agak different dengan budak2 yang lain tapi itu tak jadi penghalang untuk aku menikmati zaman budak2 dengan riang dan gembira.


Sejak kecik aku memang tak pandai bersukan, paling tidak pun time sukan sekolah dulu aku cuma masuk acara lumba larik jer..~itupun kena paksa.Kalau budak2 lain sibuk main bola ke,badminton..apantah lagi..aku ~dengan geng2 yang sekepala, sibuk meredah ladang kelapa sawit, merayau dalam kebun getah orang, mandi sungai, main paya...tangkap ikan laga..masa tu mana fikir nak kena baham dengan rimau sesat ke, kena telan dengan ular sawa..tenggelam dalam sungai atau kena culik~lalu dibawa lari ke thailand dan dipotong tangan dan kaki~aishhh..Alhamdulillah aku masih ada sampai ke hari nih..Sebab tu lah sampai ke besar jiwa aku lebih kepada adventure berbanding sporty...Exited sangat kalau ada orang ajak join jungle trekking ke, camping..seronok!!!

aku beruntung sebab jabatan aku selalu buat jeungle treking untuk team building dan staff developement..kalau tempat kerja dulu2..tak merasa.

Seiring dengan peredaran masa, aku mula berubah sejak usia awal remaja~time ni dah mula feeling2 teruna sunti..dah kurang bergaul dengan kawan2 sepermainan..masa tuh dunia aku cuma sekolah dan rumah..balik sekolah..memerap jer..nak kata study pandai2 tak jugak  :P

Sesekali teringat, rasanya jauh betul beza senario zaman aku budak2 dulu dengan zaman sekarang ni..Suasana dah tak semeriah dulu dengan suara riuh rendah budak2 main baling selipar, sorok2, pondok2..macam2 lagilah.

main sorok2 dengan main pondok2 antara permainan yang aku suka masa kecik2 dulu..

 Bila tengok anak2 buah aku sendiri..masing2 suka ngadap depan tv sepanjang masa..maklumlah sekarang dah ada astro ceria, cartoon network,disney chanel bagai..tak macam dulu..tv1.tv2 dan tv3 jahhh...tu semua buat budak2 malas nak main kat luar..rasa cam jijik sangat nak jejak tanah...


Dengan adanya indoorgame yang macam2 sekarang ni..aku rasa buat budak2 zaman sekarang lupa terus permainan dulu..ada lagi ke budak2 sekarang main guli, main layang2, apatah lagi yang tradisonal2 tuh..???

Walaupun masa terus berlalu meninggalkan barang yang lepas..tapi kenagan yang terpahat sukar dicari ganti..mungkin apa yang aku alami tak pernah dialami oleh korang2 sumer masa kecik2 dulu..dan kita punya sejarah childhood yang cukup manis untuk dikenang sampai bila...:)