Tuesday, March 8, 2011

Aku benci bila jatuh tangga..ehh cinta....


Dulu pernah sekali aku tangkap chenntan dengan seseorang tuh..seseorang yang pada aku biasa2 jer..tapi ntah kenapa pagi,petang,siang malam asyik teringat kat dia jerr..Dah nama pun satu tempat kerja, kalau sehari tak nampak batang hidung dia, rasa cam serba tak kena..macam takder mood jer nak kerja..atau mungkin juga tujuan aku kerja kat situ adalah kerana dia..??

Tapi apakan daya, aku hanya mampu memendam rasa..Sebab aku tahu perasaan aku ni tak akan kemana2..Dan siapalah aku di sisinya..hanya seorang kawan biasa...Bila pendam punya pendam hujung2 aku jugak yang merana, tapi nak buat macamana??

5-6 Tahun pun berlalu, aku saban hari semakin dapat melupainya..dan aku anggap peristiwa tu sebahagian dari lipatan sejarah hidup aku..~Walaupun sekali dia muncul balik dalam hidup aku tapi itu cukup buat aku mengerti siapa sebenar akan dirinya...Perasaan cinta tu semakin pudar dan semakin lenyap..~ Kalau terjumpa dia sekalipun aku just say hai..dan paling tidakpun kami minum bersama..itu dulu....

Tapi kini, pada waktu dan ketika ini, perasaan itu kembali mencuit hati..datangnya secara tiba2 dan tanpa dipinta2 atau dipaksa2...
Bukan aku tak cuba..tapi semakin aku lari semakin kuat rasa yang membara..~ kadang2 aku dapat rasakan dia juga punya rasa yang sama~Aku tau aku tak patut punya rasa cinta ini terhadap dia sebab antara aku dan dia, dunia kami nyata jauh berbeza..
Itu yang buat aku benci bila jatuh cinta..orang lain mungkin akan merasa bahagia tapi aku pulak hanya merana dan kecewa..Aku tak tahu sampai bila? tapi aku harap aku mampu untuk melupakan dia..kadang2 tu, ada gak aku terfikir..adakah ini cinta ataupun nafsu semata2..?

4 comments:

  1. cinta terlarang @ cinta terhalang?

    ReplyDelete
  2. cinta terlarang lagi terhalang....

    ReplyDelete
  3. huhuhuhuhuhuhuhuuuu
    kalau terhalang still boleh go on lagi
    tp kalau dh terlarang
    no entry gamaknyakan

    still nk proceed ke bro?

    ReplyDelete
  4. biarlah masa dan keadaan yg menentukan..andai kalau tidak pun..life must go on...dalam kehidupan ni kita kenalah rasa sikit2 rencah hidup seperti kecewa..merana..:)

    ReplyDelete