Showing posts with label Retro. Show all posts
Showing posts with label Retro. Show all posts

Friday, July 1, 2011

Memori siri2 tv 90'an....

Back in the 90's..masa tu aku masih bersekolah rendah/menengah..Kira young and adolescent lagik..then masa tu jugak aku suka sangat tengok tv~walaupun cuma ada 3 chanel..TV1,TV2 dan TV3..tetap gigih melangut depan tv..tapi skrang dengan adanya macam2 chanel kat Astro..aku jadi taktau nak tengok yang mana satu..Kadang2 tu semua chanel yang aku bukak..takder satu pun rancangan yang menarik minat tuk aku menontonnya sampai habis..

Entry kali ni nak share dengan uolls pembaca blogku yang budiman sekalian,..beberapa siri tv tahun2 80'an dan 90'an yang aku suka dan paling diingati hingga kini..antaranya;

Macguyver ( 1985-'92 )
Lelaki dengan kepakaran mengolah, mengubah serta mencipta alat peranti..soal hidup mati dalam menyempurnakan misinya bergantung dengan kepakarannya itu..

Lois & Clark:The new adventure of Superman
(1993-'97)
Pengembaraan Clark Kent bersama kekasih hatinya Lois Lane sehari2 di kota Metropolis..
~Masa ni Terry Hatcher belum jadi surirumah yang terdesak lagik..

21 Jump Street ( 1987-'91)
~Johny Depp before Jack Sparrow..Kisah polis2 undercover yang menyamar jadi budak2 remaja untuk selesaikan kebanyakan kes juvana...

The X-files ( 1993-'02)
Popular dengan trademarknya "the truth is out there"..2 ejen FBI Fox Mulder dan Dana Scully menyiasat kes2 yang berkaitan dengan aktiviti paranormal..dan alien..

Alien Nation (1988-'90)
Cuba bayangkan sekiranya makhluk asing tinggal bersama kita kat Bumi ni,..bersekolah..bekerja dan berjiran dengan makhluk asing..emmm??

Last but not least..


Baywatch ( 1989-'91)
 Sapa yang boleh lupa dengan pengawal2 keselamatan pantai yang gorjes dan kekar...Masa tu aku berharap aku yang lemas, diselamatkan dan diberi bantuan CPR oleh salah sorang pengawal pantai kat situ..nakal~



Kalau ikutkan banyak lagi yang nak aku share dan review tapi kebanyakannya jugak aku dah lupa tajuk..Dan aku berharap perkongsian aku kali ni dapat mengimbau nostalgia tahun2 90'an terutama bagi mereka yang lebih tua atau sebaya dengan usia aku sekarang ni...:)



Tuesday, April 19, 2011

Nostalgia 90'an....


"Tertutup buatmu" dari artis One Hit Wonder Wan Hardiah


Hadir ke persada seni pada pertengahan tahun 90'an..memiliki suara yang merdu seakan2 Fauziah Latiff tapi sayangnyer bintang  Wan Hardiah bersinar tidak lama..dan apa cerita sekarang dia ni??


Wednesday, April 13, 2011

jom layan iklan dolu-dolu.....


Iklan sabun Ooohhh Palmolive..tahun 1983


Iklan sabun Camay 1982
Iklan sabun Lux Fauziah 'Ogy' Ahmad Daud tahun 1986







Thursday, March 17, 2011

Ku Redha Sendiri....


Klthsom penyanyi yang popular dengan lagu "Ku redha Sendiri" di awal tahun 90'an..Merupakan bekas finalist Bintang RTM 1985  dan seangkatan dengan penyanyi tersohor negara, Ramlah Ram..Bintangnya bersinar tidak lama di persada industri muzik tempatan dan dengar khabarnya beliau kini dah jadi mak andam di sekitar Johor..

wajah dulu-dulu...


Penampilan sekarang...
namanya dikenang sampai sekarang kerana keunikan ejaan namanya yang lain dari yang lain...

Harapan semoga Klthsom akan sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburinya kini dan berbahagia bersama keluarga tercinta..Lagu " Ku redha Sendiri" nyanyiannya walaupun agak retro tapi aku tetap minat dari dulu sampai sekarang....Kerana bila mendengarnya terimbau seribu kenangan masa kecik2 dulu...