Thursday, May 19, 2011

Meeting hari ni....

Ada ke antara korang yang baca entry aku ni suka sesangat dengan aktiviti mesyuarat atau meeting dalam bahasa omputesnyerr..Kalau aku lerr,dengar jer perkataan meeting terus down..perasaan boring,ngantuk..lapar nak terkucil semuanya terbayang2..yup,aku sememangnya tidak berapa gemarkan aktiviti yang satu nih walaupun ianya agak penting untuk dilakukan dalam sesebuah organisasi...



Pagi tadi..Jabatan aku~PDSP ( Pusat Dokumentasi Sumber Pendidikan ) adakan meeting untuk penetapan aktiviti sempena majlis penutupan hari guru..Syukur sangat2 dengan kehadiran KP~Ketua Pusat kami yang baru..meeting tidak lagi jadi sesuatu yang terlalu formal  dengan aktiviti2 tambahan seperti book review dsbnya..serta isi perbincangan tidak meleret2 sampai aku naik konfius tak tahu mana hujung pangkalnya...

Isu perbincangan meeting tadi cuma nak inform motiff utama sambutan dan pembahagian tugas setiap staff dalam menjayakan program ittew..aku diletakkan di bawah AJK persembahan dan dipertanggungjawabkan untuk mencari ilham mengubah sajak bertemakan jasa guru untuk dipersembahkan kepada tetamu2 majlis ittew nanti..~ alah,tulis sajak..itu kacang jer bagi aku tapi yang tak tahan tu mungkin aku kena jadi deklamator sajak tuh sendiri..Kau mampoo?? matilaaaah dah lah vokal aku  nih ala-ala..gitew..sah2 buat orang gelak sajork...tapi awas ya kalian..berani2 aja menghanjengkan aku nanti...amek ko!!!

4 tahun lepas aku pernah bekerja yang mana rutin hariannya adalah meeting sepanjang pagi,setiap hari tiada ampun..lepas meetin tu,meeting ini plak..sampai ke tengahari maunya aku tak muak dengan meeting sampai sekarang nih..

Esok ada lagi satu meeting pusat wajib attend..mujur hari jumaat..oh ye..hari ni,hari khamis..balik nanti boleh lah singgah kat pasat tani Kampung baru,Bentong..tapau nasik kerabu kakak cengkung...





Wednesday, May 18, 2011

Lappy aku buat hal...

Aku ada dua laptop..satu kecik,yang satu lagi besar punya..tapi kedua2 laptop aku buat hal..mencikkk!!! aku baru repair yang hak kecik dan boleh dipakai seperti biasa tapi baru 2-3 hari dia buat hal lagik...skrin LCD calar balar..macam ada kesan retak..bila jadi macam tuh aku sendiripun tak perasan tapi dah memang  perangai aku tak pandai menjaga barang..kalau guna satu2 gadjet tu mesti ganas2 punyerr..nasiblah kann..


Buat masa ni  aku malas nak ambik pot..lantak lah tak payah pakai kedua2..bukan tak boleh repair tapi aku baru jer berhabis duit untuk itu,ini..begitu dan begini...lagipun PC opis pun boleh pakai untuk update blog kerr, layan FB...dan aku fikir tentu ada sebab dan hikmah kenapa benda2 macam tu boleh jadi..

p/s: Laptop2 aku boleh diajar bawak servis ..sekali kena repair..masalah2 lain pulak yang menyusul lepas tu...


Tuesday, May 17, 2011

Saranghae Mai Geol...


My Girl a.k.a Mai Geol merupakan antara Kdrama yang paling aku suka dan tak jemu2 diulang tengok walau dah banyak kali main kat tv...



Aku suka cerita ni sebab jalan ceritanya yang segar dan best..watak2 yang menawan kalbu, hero dan heroin yang cute dan sama padan sangat serta senario yang cantik~Pulau Jeju dan kota Seoul yang bersalji...


Sekarang tengah diulang tayang kat saluran Animax versi dwi bahasa Melayu dan Korea..Teringat masa zaman2 aku suka layan citer jepun alihbahasa dulu...





Macambiasa drama korea kalau takder elemen cinta bersegi-segi alamat bukan citer korealah gamaknyerr,  dan tulah yuang menyedapkan lagi cerita..aku suka betul bila babak hero atau heroin terpaksa pendam perasaan disebabkan terpaksa dan hero/heroin kedua pulak terpaksa gigit jari bila cinta yang diharapkan tak terbalas..ishk..ishk..ishkkk..aku sangat2 mengerti perasaan yang macam tu sebenarnyerr tu yang aku feeling lebih2 tuh..




Watak Joo Yoo-Rin, gadis bermuka tembok dan kaki temberang..sentiasa optimis dan happy go lucky tapi lemah bila berhadapan dengan perasaan cinta...


Pinoy punya versi My Girl...kita mampoo?? ehh tak mainlah cedok2 idea orang kan..drama kita tetap dengan identiti kita...

p/s: John aku suka Kdrama jer tapi tak layan Kpop...





Ucapan khas sempena hari guru...



Cikgu Chikang,cikgu pisang,Mama bohsan...tak kira walau apa gelaran yang diberi~yup..tu gelaran nakal yang kami bagi kat cikgu2 wanted zaman aku sekolah2 menengah dulu..~Jasamu tidak bertepian,menyuluh sinar ke jiwa setiap insan...Semoga bakti yang kau curahkan akan berkekalan sepanjang zaman...


Thursday, May 12, 2011

Cuci-cuci mata...

~HaN Ga iN~







  

Star in Term of endearment,Super Rookie & Yoo Hee The Witch


Saturday, May 7, 2011

Sabun popinjay

Sekarang ada macam2 jenis sabun kat pasaran..pelbagai jenama,haruman dan kebaikan yang ditawarkan.Ada bentuk buku,gel dan cream..ikut suka hatilah nak pakai yang mana satu tapi aku suka guna kedua2 jenis..Pada aku mandi takder sabun serupa tak payah mandi kann...
Aku nak bawak korang "walkdownonmemorylane" pasal satu jenama sabun yang aku rasa agak jarang jual kat kedai2 especially supermarket besar..


Sabun Popinjay yang disebut Hussin dalam HKLBR..

Sabun buku hijau dengan haruman botanikal katanyerr, bagi aku sabun ini ada memori tersendiri di mana ianya sangat 2 femes masa aku kecik2 dulu..Family aku cukup tak suka dengan sabun ni sebab bau dia yang bisa membunuh agaknyerr..sampai nak termuntah kaedahnyer tapi aku ok jerr,suka dengan bau dia yang menyegarkan dan buih yang banyak cuma sabun nih tak berapa sesuai dengan kondisi kulit aku so hujung2 aku letak lam jamban buat sabun basuh tangan lepas berak..

Masa beredar,lepas macam2 sabun baru kuar kat pasaran..aku yakin sangat sabun popinjay kini dipandang sepi..Sekarang dah tak pakai nama Popinjay made in thailand tapi ditukar ke Parrot Botanical..siap ader kaler pink lagi.Tapi aku tetap tak beli agaknyerr sebab aku dah feeling santekkk sangat dengan sabun yang aku pakai sekarang nihhh~Ooooohh Palmolive...

Tuesday, May 3, 2011

Pindah oh pindah



Setelah genap 2 tahun.. aku akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rumah bernombor F6 blok kayangan dan akur bahawa bukan rezeki aku lagi untuk terus menginap di situ..Walaupun taklah meninggalkan banyak kenangan manis tapi hati tetap terasa berat untuk meninggalkanya lagi2 bila teringat kenangan aku masak2..dan makan sama2 dengan housemate2 aku dulu..Lepas ni takderlah aku nak feeling2 kinky..~Oopps!!,dorang takkan dapat lagi dengar suara  aku mengsumbangkan lagu2 korea..tiada lagi OT..huhhh!!! dan tak dapat lagi free workout kat gym kami nan adooo nihh..tapi tak kisahlah sebab aku akan berpindah balik kerumah orang tua aku..jauh memang agak jauh dari tempat kerja aku tapi disebabkan aku jadi mangsa keadaan yang kejam~-Matilaaaaahhh..aku terima dengan redha.

Berusia 29 tahun dan masih tinggal dengan orang tua..~ ko ingat aku tak rasa phatetic..tapi aku takder pilihan..positifnyerr,selain save budget,sekurang2nya aku akan dekat dengan family dan kawan2 aku kat sini...

Semoga apa yang terjadi ni akan ada hikmah yang tersembunyi dan semoga Allah sentiasa melindungi aku semasa aku keluar mencari rezeki yang halal..InsyaAllah..

Hari ni aku baru bereskan angkut barang2 kat rumah lama..Fuhh!! terasa jugak penatnyer walaupun taklah penuh selori..tapi alhamdulillah semuanya dah settle..dan pas ni aku nak mulakan hidup baru aku..bangun pagi2 dan merempit serta mendaki gunung Genting setiap hari..adoiii..