Salam takziah buat keluarga,saudara mara serta teman2 rapat Zawani atau Wani yang menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 27.1.2011 bersamaan hari Khamis yang lepas..
Arwah merupakan seorang Pegawai khidmat Pelanggan di tempat aku bekerja..Pemergiannya dalam usia yang masih muda meninggalkan dua cahaya mata yang masih kecil dan sangat2 memerlukan kasih sayang seorang ibu..Namun jika itu sudah suratan ajalnya, tiada siapa yang mampu menghalang kehendak yang maha Esa..
Walaupun tidaklah rapat dengan arwah..tapi sikapnya yang mesra dan tak sombong membuatkan pemergiannya turut dirasai...
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan Allah menempatkanya di sisi insan2 yang diredhai..Amin...
No comments:
Post a Comment