Wednesday, February 23, 2011

Antara Minat, keperluan dan kemampuan...

Salam...Korang rasa membazir tak kalau kita habiskan duit untuk sesuatu yang kita suka atau dengan kata lain untuk kepuasan hati sendiri..~

 Bagi aku ianya tak jadi hal selagi kita mampu dan tak menyusahkan mana2 pihak...Tapi dalam kes aku ni..aku dikatakan membazir kerana selalu tukar2 handphone sedangkan hp yang aku guna masih elok..Apa yang mereka tak paham.., perlu ada feel bila aku gunakan sesuatu benda tu especially gadget seperti hp.~
Ada orang just guna hp sebagai keperluan..asal boleh call in, call out hantar mesej sudah...Tak kesahlah hp jenis apa hatta hp dari zaman nabi sekalipun..tapi aku tidak..Aku anggap hp bukan sekadar hp bahkan eksesori pelengkap gaya dan sebagai identiti diri kita sendiri..Nak2 bila kuar hp dengan design serta function yang menawan kalbu..untuk mendapatkannya.., sempat aku meroyan dulu.

Aku rasa minat dan hobi aku ni taklah sampai memakan belanja yang besar..~ada orang tu minat benar makeup2 kereta..sanggup berhabis duit  pasang sport rim baru, eksesori bagai nak rak...just nak puaskan hati sendiri..lagipun bukan untuk kereta siapa..untuk kereta sendiri jugakkan..itu bagi kebanyakan lelakilah..
Orang perempuan pulak ramai yang suka dengan benda2 branded..kalau boleh baju, handbag, kasut semuanya nak ada 'nama'..sanggup nih simpan duit..ikat perut bagai just nak dapatkan barang2 tuh..~tak kisahlah asal keinganan hati dapat dipenuhi...~


Selagi aku tak mintak duit sesiapa..dan selagi minat tu masih ada..InsyaAllah aku akan teruskan..dan terima kasihlah atas kata2 seorang kawan yang cakap aku membazir tu..Ianya satu nasihat yang berguna sebenarnya cuma ini soal minat dan hobi aku sendiri..ada aku mintak ko spedo aku?? hikss~

2 comments:

  1. suka ati ko lah dik asal kan ko bahagia...tak gitu, tapi jangan hobi ko tuka2 gf sudeh...ahaks..*mati la dak ni marah

    ReplyDelete
  2. nasib baik hp jer kan kalau bertukar pasangan..how???

    ReplyDelete