Wednesday, June 22, 2011

Wajah flawless dengan BBCream...

Biasa kita tengok artis2 Korea baik perempuan mahupun lelaki, rata2 dorang berkulit cerah,flawless dan bebas cela..Apa rahsia dorang ekk??~Selain dari teknik solekan dan plastik surgery..

Kalau uolls naktau..nun jauh di Korea sana..penggunaan BBCream telah menjadi
satu fenomena  besar dikalangan artis2 dan juga bukan artis..

Kepada uolls yang tak tau apa itu BBCream yang sebenarnya..entry kali ni aku nak share serba sikit tengtang manfaat penggunaan BBCream dalam rutin penjagaan wajah  seharian..

BBCream atau Blemish Balm a.k.a base merupakan hasil kepakaran para Darmatology Jerman untuk kegunaan pesakit2 yang mendapatkan rawatan laser untuk parut2 jerawat.


Apabila selebriti2 dan syarikat2 Kosmetik di Korea mengetahui akan keberkesanan BBCream, maka mereka menghasilkan serta mengeluarkan produk BBCream mereka sendiri.Dari korea seterusnya ia merebak ke seluruh rantau Asia termasuk negara kita Malaysia dan kini penggunaanya semakin meluas di sekitar US dan Eropah...

Istimewanya BBcream kerana ianya 1 produk yang menggabungkan antara kosmetik dan bahan penjagaan wajah..Selain berfungsi sebagai concelear dan foundataion, ianya membantu memelihara serta melembabkan kulit kerana bahan2 yang digunakan adalah alami dan selamat digunapakai..


 Antara lain kebaikan BBCream ialah..ia mengurangkan garis halus..melambatkan proses penuaan..mengurangkan pengeluaran minyak di wajah selain menyamarkan noda2 serta mengurangkan parut2 jerawat...tak lupa juga BBCream mengandungi SPF atau sun protection factor yang tinggi untuk melindungi kulit kita dari sinar ultralembayung...





Macam2 jenama BBCream ada kat pasaran..antaranya SilkyGirl, Maybeline, Skin79, Memondan..ehh Mamonde dan macam2 lagi..ikut pada kemampuan kita untuk membelinya..dan kalau uolls nak try eloklah berhati2 jangan sampai terbeli barangan tiruan..

Aku sendiri pun tak pernah guna tapi ada hati jugak nak cuba..sapa yang tak nak kulit licin dan gebuzzz kan..taklah macam sekarang ni..menggerutu sajork...

4 comments:

  1. Side effectnya kena kaji juga...

    Terdapat terlalu banyak produk kecantikkan di pasaran. Banyak juga kebaikkan yang diberitakan tapi tidak ada pula kekurangannya yang diceritakan.

    Kesan2 sampingan perlu di ambil tahu sebelum setiap produk diguna. Sebelum terlambat :)

    ReplyDelete
  2. Watson ada sale skang Maybelline BB Cream - RM 16.92 (NP : RM 19.90)...

    Mmg skang ni ramai org guna BB Cream, ada mcm2 brands kena cari yg sesuai ngan kulit kite...

    ReplyDelete
  3. amboi semakin santek ler ko..

    BB cream nie penah dengar dan popular kat forum2 tapi ronanya terlalu ketara, aku kan jantan cover , nak pakai tp malu sbb nmpak ketara warna foundation tuh..ade ker yg warnanya tak kuat..*hugs*

    ReplyDelete
  4. abang adam..betul gak kan tapi macamana naktau side effect sebelum guna...melainkan kalaub produk tu dah disenarai hitam....

    Kak Shikin, baru tadi singgah Watson..tak beli pun..rasa cam tak best ler plak sbb mcm kata Tam, rona dia terlalu ketara..

    Tam..samalah kita tapi aku pakai benda tu semua bukanlah nak memondan bagai nak rak just untuk samarkan kecelaan dan kekurangan...

    ReplyDelete