Monday, June 13, 2011

Korang rasa merokok tu nampak macho kerr???

Pada aku lah kalau lelaki sejati merokok..memang nampak cam macho dan penuh dengan  ciri-ciri kejantanan sangat tapi kalau pompuan tulen atau yang palsu tuh merokok, emm memang nampak cam sundel dan jalang sangat..aku bukanlah nak kondem dengan mereka2 yang smoking ni tapi sendiri mau inagtlah kesan dan akibat2nya pada diri sendiri untuk jangka masa akan datang..nak ceciter lebeh..korang sendiri dah sedia maklum dengan kesan2 merokok ni kannn....


Sejujurnya aku juga seorang perokok..sekurang2nya setahun setengah yang lalu..dan kini aku boleh cakap yang aku dah bebas dari tabiat merokok..Banyak reason yang membuatkan aku merokok mula2 dulu..sebab pengaruh kawan..tekanan hidup dan  gaya hidup barangkali..aku tahu alasan2 tu agak klise dan sepatutnya dari awal aku tak pilih untuk merokok..tapi siapalah aku...dan aku menagku kekhilafan aku dulu..



Alhamdulillah, dengan niat yang suchi murni dan keazaman yang datang tetiba jer...aku memutuskan untuk tidak merokok lagi sejak awal tahun 2010 yang lepas dan sampai sekarang aku tak menyedut walau sebatang rokok kecuali tersedut member punya asap rokok..tanpa sebarang bantuan dari tablet Nicotinex atau Niquitin pun..

Bohonglah kalau aku cakap takder sebarang godaan masa awal2 aku berhenti smoking dulu..cuma aku fikir satu.harga rokok mahal..kalau beli, buat bakar duit dan bakar diri jer..hajat di hati nak jer pow rokok memember tapi itulah, aku memang tak reti nak mintak2 orang lain punya...Selain aku elakkan untuk bergaul dengan memember yang borak2 sambil merokok, dan berkawan dengan mereka2 yang suka menghanjengkan kita yang nak berhenti merokok ni..

Jadi kalau korang rasa merokok tu buat korang nampak hebat, macho, sundel cam pompuan jalang..teruskanlah..yang terbakar duit dan diri korang jugak kannn..tapi pada kawan2 lagi2 yang baru nak kenal dunia tuh..kalau boleh elak..maka elaklah..baik korang hisap benda lain yang lebih bermanfaat..~err apa tu????~


Dan pada mereka yang  rasa2 nak berhenti tu..InsyaAllah..mana ada kemahuan di situ ada jalan..Kuat semangat dan jangan lupa berdoa..ubat2tan kat farmasi sedia membantu..Kalau boleh elakkan dari kerap bergaul dengan gang2 merokok lebih2 lagi yang suka hanjengkan uolls yang nak berhenti merokok..Hidup mati memanglah bukan di tangan rokok, tapi selagi hayat dikandung badan..tak salah kan kalau kita menjaga pemberian tuhan iaitu tubuh badan dan kesihatan kita sendiri..Mencegah bukankah lebih baik dari merawat..pesanan tulus ikhlas dari aku untuk uolls semua muassshhh!!

No comments:

Post a Comment