Friday, June 3, 2011

Menjaga keshantekkan cara masyarakat dintis...


Kesantekkan adalah milik setiap insan...tak gitew? masalahnya santek ker uolls??? Entry kali ni aku nak review produk keshantikkan yang aku guna saban hari sejak tahun lepas lagi..
~ sumpah aku tak dapat sesen pun dari syarikat pengeluar~



 Gel Vit.E dari Fruits Of The Earth yang dibeli kat Guardian..

Aku guna  product ni sebab ianya pelbagai guna..as losyen dan pelembap untuk seluruh tubuh termasuk rambut..Teksturnya ringan, mudah meresap, tak berminyak dan tanpa bau..selain harganya yang mampu dimiliki oleh staf2 gomen yang berpangkat rendah seperti aku ni...

Aku selalu guna bila nak kuar bekerja atau berjimba2..Campurkan bersama sunblock untuk kurangkan rasa melekit sunblock kat tangan..dan oleskan kat muka bersama foundation dan hasilnya macam kita pakai bedak kompak..

Malam, sesudah Isya'..sebelum tidur aku sapulah gel aloevera~dari produk yang sama~ ke muka as pelembap..rasa nyaman dan ada bau rose..dan yang penting ia cepat meresap dan  tak berminyak juga..


Aku sama macam kebanyakan orang, kalau boleh nak kelihatan segak dan konfiden ..aku selalu mengimpikan muka aku  bebas cela, parut dan susuk2 halus yang tumbuh meliar...tapi masalahnya aku sangat2 malas nak amalkan rutin membersih, menyegar dan melembap..jadi mana yang sempat, itu sajer yang aku buat..dan pada pandangan aku tak kira kalau ko lelaki, perempuan tulen atau palsu sekalipun tak banyak, sikit pun kena jaga anugerah yang tuhan kasi..iaitu rupa paras dan tubuh badan..

Tak perlulah berhabis duit untuk beli produk yang mahal2~hujung2 ko nampuk waruk jugak~ berpada2lah mengikut kemampuan..dintis buat cara dintis..aku kalu rajin siap tepek2 bedak sejuk jer kat muka..janji feeling2 cun macam opera cina..ko mampu?


Kerana keshantekkan aku ni tak mampu dimiliki oleh sesiapa..*matilaaa





2 comments:

  1. "Kerana keshantekkan aku ni tak mampu dimiliki oleh sesiapa.."...mmg statement berani mati sgt taw haaaaaaa......*hugs*

    ReplyDelete