Tuesday, July 12, 2011

Cuci-cuci mata

Dynas

 
Erra

 
Fasha

 
Fazura

Korang rasa antara 4 jelitawan Malaysia ni saper yang paling cun..?? Emm....



Monday, July 11, 2011

My kitchen Goddess

Kann... tajuk verry the internationale...akan tetapi..~

Salam hari Isnin uolls..Hari ni mood lite2 jer..cuaca pun mendung semcam..harap2 hujan ler petang ni..takderlerr panas sangat...Gitew intronyer..
Jom terus ke tajuk utama..Kali ni aku nak share antara tukang masak2 perempuan yang aku minat dan kagumi dari dalam dan luar negara..Emm, aku ni dari kecik suka layan rancangan masakan kat TV..dari zaman Chef Wan malu2 kucing dalam rancangan Kuali bersama Laila Johari lagi...Sebabnyerr aku suka makan dan gemar memasak di waktu lapang...dan hasilnya kini aku jadi lebih pandai memasak dan kreatif mencipta serta mengubahsuai resipi..

Masa terluang aku kat rumah, kebiasaanya dihabiskan dengan mengadap TV dan dalam banyak2 saluran yang ada kat AStro tuh..AFC jugak yang aku pilih sebab tv tu khas untuk rancangan masak-memasak dan makan2..Dari situ aku belajar banyak jenis masakan tak kira masakan tempatan ataupun barat..Tapi agak2 ler..takkan orang tu masak vavi ko pun nak try masak vavi jugak kenn..

Jadi kalau entry yang lepas aku dah share dengan korang antara jantan2 gastrosexual ittew..kali ni aku nak tunjuk antara list celebrity chef perempuan pulak..

Antaranya;
Kylie Kwong (Australia)
Chef yang terkenal di Australia..Pengacara rancangan Kylie Kwong Cooking with heart and Soul..penulis buku dan tuan punya restoran...Bila dia berceloteh..bunyinya seakan sama dengan bunyi percikan minyak panas kat kuali...


Anis Nabilah (Malaysia)
Kat Malaysia tak ramai chef2 perempuan yang bukan sajer, cantik, comel dan muda..Host rancangan Icip-icip (AFC),Sesedap rasa dan Enak Tradisi kat saluran tv tempatan..

 
Florence Tan (Malaysia)
Dari aku kecik lagi nama Florence Tan dah sinonim dengan rancangan2 masakan kat TV  kita..selalu bergandingan dengan Chef Wan, Chef Ismail..Suka dia sebab membawakan budaya serta masakan masyarakat Baba Nyonya Melaka..


Nigella Lawson (UK)
Seorang penulis, broadcaster dan host rancangan masakan popular seperti Nigella Forever Summer, Nigella Bites dan Nigella Express..Tak suka dengan gelaran selebriti Chef disebabkan tidak pernah menerima latihan profesional dalam bidang masakan dan menganggap memasak hanyalah sekadar hobi dan suka2 jer..
Resipi yang dikongsi biasanya ringkas dan mudah. Aku suka tengok cara dia memasak..Menggoda dan penuh dengan keghairahan..~maksud aku selera lah...Digelar Queen of Porn Food namun menidakkan gelaran tersebut..

Akhir sekali,

Anna Lawson (AS/Kanada)
Penulis buku resipi, host rancangan Sugar dan Fresh with Anna Olsen..Seorang Chef pastry professional kelahiran AS dan kini menetap di Ontario, Kanada.

Antara chef lelaki dan perempuan bagi aku sama2 hebat dan punya aura serta personanya yang tersendiri untuk aku dan bagi mereka2 yang suka layan rancangan2 masakan terutamanya mengikuti setiap episod rancanagan masakan dorang..Dan orang2 perempuan pulak janganlah suka nak komplen yang cheff2 lelaki ni masak carcamerba..messy sebab memang dah sifat lelaki macam tu..Aku tengok chef Wan yang lemah gemalai tu..bila masak2 kasar semacam jerr...tak gitew..??





Thursday, July 7, 2011

Kenapa aku suka bermuka buku..

 Dari kita bermuka tembok atau bermuka-muka...Baik kita layan muka buku...

Salam sayang uolls...semoga ceria selalu di hari khamis yang indah dan cerah ni..( kat Genting lah, tempat korang aku tak tau)..Korang ada akaun FB tak? aku ader..dah dua tahun aku jadi pelangut setia FB..Yup, dulu aku pernah katakan tidak pada FB disebabkan sesuatu isu dan kurangnya minat aku dengan dunia maya ni..Tapi ittew dulu....

Walaupun aku duk jauh di pedalaman kampungku yang indah dan permai ni..dan bekerja pulak kat tengah2 kawasan gunung banang , aku tetap gigih melayari laman sosial fofuler Facebook siang dan malam..Jadi agak janggal kedengaranya bila ada antara golongan pekerja2 pejabat khasnya..ngaku yang dia takder akaun FB dan tak pernah daftar pun..

Aku bukan nak cakap pasal pro&con akan penggunaan Fb..sebagai pengguna yang bijak seharusnya kita tahu akan batas2 dan impaknya terhadap diri kita dan orang di sekeliling ..jadi berhati2 bila nak post status atau publish gambar demi menjaga maruah diri dan sensitiviti orang di sekeliling..

 Perlu diingat, melayari FB di tempat kerja juga perlu ada batasnya...Yang penting kerja didahulukan..FB time2 free atau tak bz..ok jer kot, well depend lah dengan suasana tempat kerja korang..walaupun kat opis aku FB diblock oleh KPM tapi tetap takmau kalah uolls, kami pakat2 beli wireless dongle kat Plaza Low Yatt..

Kembali ke tajuk asal..kenapa aku suka melayari laman FB:

Antaranya sebab aku takder laman sosial lain selain Facebook dan blogspot..well kedua2nya ada beza kan...

Dengan FB aku rasa dunia semakin kecil..boleh berhubung dengan kawan2 yang jauh..dan dapat kenal dengan kawan2 baru..

Sebagai tempat curhat katanyer..bengang, marah, sentap, suka, dan ting tong kalau boleh semuanyer nak diluahkan pada status~

Sajer nak bagitau buah fikiran aku terhadap sesuatu perkara..

Dapat berhubung dengan kawan2 lama yang dah terpisah lepas abih sekolah dulu..mengetahui perkembangan terkini dorang...

Akhir sekali ianya merupakn pilihan yang murah ,praktikal dan cepat untuk kita saling berhubung..errmm, bil brodband pun kena bayar jugak..

Login jangan tak login uolls..yang kaya aku jugakkk...

Jadi pilihan ditangan uolls..kalau rasa tak perlu tak usah..tak rugi pun..so far aku masih bertahan..mungkin 1-2 tahun lagi siapa tahu....?


Tuesday, July 5, 2011

Ensiklo"Apa dia"..Gastrosexual???

Salam ceria uolls..hari ni aku nak share pasal satu istilah yang agak2 korang biasa dengar tak?? Kalau pernah dengar pun tapi uolls tak tau apa maksudnya..'Gastrosexual'..istilah khas yang diberikan kepada golongan lelaki yang menjadikan aktiviti masak-memasak sebagai hobi, kerjaya dan satu cara untuk impress kawan2 dan golongan wanita khasnya..


Kebiasaanya kerja masak-memasak ni dikaitkan dengan tugas hakiki seorang wanita..sampai dijadikan syarat2 wajib untuk seorang wanita itu menamatkan zaman bujangnya..Tapi perasan tak uolls..,kebanyakan personaliti bidang masakan dan chef2 selebriti adalah terdiri dari kaum lelaki..Antranya;

Emmanuel Stroobant
(Cheff In Black)

 

Gino D'Acampo

 

Dato' Redzuwan Ismail
(Cheff Wan)

 

Marti Yan

Dan beberapa
lagi Cheff selebriti seperti Jamie Oliver, Bob Blummer,Gordon Ramsay, Jet Tilla dll...Mereka semua boleh kita kelaskan sebagai golongan Gastrosexual..Termasuk aku yang sangat2 gemar memasak~sebab aku suka makan...Cuma aku belum capai taraf selebriti jerr lagi...emmm

*Aku takat masak2 untuk jamu perut sendiri dan kawan2 terdekat bolehlah.....



Monday, July 4, 2011

Sindrome I hate monday....


Bukak FB, blog..ramai orang ngeluh..asal isnin jer boring lah, mood ke laut lah..I hate mondaylah..kan.aku pun sama jugak..selalu ting tong di hari senin yang berbahagia nih..nak buat macamana,mood cuti sabtu,ahad tu tak hilang lagi...Kalau boleh aku nak cuti lagi hari ni..baru aku puas duk bermalas-malasan kat rumah..~Ehh kat rumah aku feeling2 Cinderella ok.~Tapi apakan daya,kenalah save cuti aku yang berbaki 10 hari lagi tuk hari raya atau apa2 kecemasan nanti kann...

Mujur jugak pagi tadi aku terbangun awal tanpa dipaksa2, kalau tak maunyer muka aku jadi cam tahik ayam...Perjalanan ke tempat kerja pun smooth and easy jer..alhamdulillah selamat sampai dan mudah2an selamat jugak balik ke rumah nanti..

Pagi ni ada perhimpunan bulanan, jadi sebagai ahli kumpulan koir yang setia dan berdedikasi, kenalah aku bersama ahli2 kumpulan yang lain mensumbangkan 2-3 buah lagu patriotik yang aku rasa cam ke laut sajork bunyinya...Haaa!! Semput jugak, then after tamat upacara penyampaian hadiah untuk pemenang2 pertandingan sempena bulan membaca pusat sumber aku bulan lepas..terus aku angkat kaki..balik opis ngadap PC..

Sejak2 berulang alik dari Bentong ke Genting ni..Penyakit lama aku mai datang balik..Hari ni Isnin..esok selasa..rabu ,khamis dan jumaat ..menghitung hari ,detik demi detik...Kan best kalau hari2 kerja suasananya macam hari jumaat...

Akhir sekali..Kalau uolls rasa apa yang aku rasa..kalau boleh janganlah terbawak2 dengan mood monday blues tu..tak elok, cam aku sekarang...huwarghhhhh, ngantuknyerr, lagi setengah jam kul 5.00pm..dah tak sabar nak berambbbbbb...!!!




Friday, July 1, 2011

Memori siri2 tv 90'an....

Back in the 90's..masa tu aku masih bersekolah rendah/menengah..Kira young and adolescent lagik..then masa tu jugak aku suka sangat tengok tv~walaupun cuma ada 3 chanel..TV1,TV2 dan TV3..tetap gigih melangut depan tv..tapi skrang dengan adanya macam2 chanel kat Astro..aku jadi taktau nak tengok yang mana satu..Kadang2 tu semua chanel yang aku bukak..takder satu pun rancangan yang menarik minat tuk aku menontonnya sampai habis..

Entry kali ni nak share dengan uolls pembaca blogku yang budiman sekalian,..beberapa siri tv tahun2 80'an dan 90'an yang aku suka dan paling diingati hingga kini..antaranya;

Macguyver ( 1985-'92 )
Lelaki dengan kepakaran mengolah, mengubah serta mencipta alat peranti..soal hidup mati dalam menyempurnakan misinya bergantung dengan kepakarannya itu..

Lois & Clark:The new adventure of Superman
(1993-'97)
Pengembaraan Clark Kent bersama kekasih hatinya Lois Lane sehari2 di kota Metropolis..
~Masa ni Terry Hatcher belum jadi surirumah yang terdesak lagik..

21 Jump Street ( 1987-'91)
~Johny Depp before Jack Sparrow..Kisah polis2 undercover yang menyamar jadi budak2 remaja untuk selesaikan kebanyakan kes juvana...

The X-files ( 1993-'02)
Popular dengan trademarknya "the truth is out there"..2 ejen FBI Fox Mulder dan Dana Scully menyiasat kes2 yang berkaitan dengan aktiviti paranormal..dan alien..

Alien Nation (1988-'90)
Cuba bayangkan sekiranya makhluk asing tinggal bersama kita kat Bumi ni,..bersekolah..bekerja dan berjiran dengan makhluk asing..emmm??

Last but not least..


Baywatch ( 1989-'91)
 Sapa yang boleh lupa dengan pengawal2 keselamatan pantai yang gorjes dan kekar...Masa tu aku berharap aku yang lemas, diselamatkan dan diberi bantuan CPR oleh salah sorang pengawal pantai kat situ..nakal~



Kalau ikutkan banyak lagi yang nak aku share dan review tapi kebanyakannya jugak aku dah lupa tajuk..Dan aku berharap perkongsian aku kali ni dapat mengimbau nostalgia tahun2 90'an terutama bagi mereka yang lebih tua atau sebaya dengan usia aku sekarang ni...:)