2-3 minggu kebelakangan ni mood dan perasaan aku tak berapa senang..ader2 jer yang mengguris dan menyentap perasaan dan sanubari ini..ntahlah, kadang2 aku rasa mungkin ini takdir insan yang tershantekk di duniaa agaknyer...gitew..
Lepas satu problem datang lagi satu problem..tak pernahnya aman.Tapi entah kenapa setiap kali dilanda maksalah atau sesekali datang meroyan aku selalunya berfikiran positif dan yakin akan ada hikmah di sebalik dugaan yang berlaku..Tapi kan sampai bila yer harus aku bersabar..??
Aku bukanlah jenis orang yang suka buat kecoh, ambik tau hal orang lain tak tentu pasal..dalam kebanyakan masa aku suka buat hal aku sendiri..kalau orang tak kenal mesti diorang kata aku ni kerek atau sombong..hakikatnya aku adalah seorang yang adorable sangat2 wahahahaa!! tapi itulah , kita tak boleh paksa semua orang suka kat kita..lagi2 bila berhadapan dengan orang yang feeling2 dia sempurna sangat kat muka bumi nih..kadang2 aku fikir..ada ker orang yang jeles dengan keshantekkan aku yang memukau nih??
Nasib baik aku ada tempat untuk luahkan perasaan yang terbuku..yup!! blog aku nan adooo ni lerr..dan tak lupa bestfrend2 aku yang sentiasa sudi melayan aku yang kadang2 ok, kadang2 ting tong...tak lupa jugak Yang Maha Esa tempat kita berdoa dan ~sesungguhnya Allah suka hamba-Nya yang selau berdoa..Walaupun aku ni tak macam orang lain tapi aku masih punya agama,pegangan dan hak untuk beribadat kepada-Nya sekadar yang termampu..
Melalut pulak..InsyaAllah aku harap aku mampu untuk harungi setiap ujian ini..aku tak akan sesekali mengalah dan tunduk pada keadaan..persetankan mereka yang suka memperlekeh2kan aku..tak luak pun uolls..mereke dengan dunia mereka..aku dengan hidup aku..woohooooo!!!
Wednesday, April 27, 2011
Friday, April 22, 2011
Gloomy friday..
Hari ni aku rasa Gloomy sangat..Dengan cuaca yang ala2 nak hujan tapi tak hujan2..adoii..betul2 feeling.Sebenarnya hari ni hari last sorang housemate aku kat sini sebab dia dah dapat transfer...well good for him and good for me either..tapi yang sedeynyer..ialah lebeh kurang setahun we all spend time duk satu rumah, makan sekali tapi pas ni dah tak macam dulu lagi daahh...sebab aku dan hosmet2 yang lain pun akan pindah rumah jugak..lagipun aku tak sanggup lagi nak duk kat rumah yang sekarang nih sebab kalau boleh aku nak mula hidup baru dan rasa suasana baru di tempat baru~ alaaa pindah pun bukannyer jauh..depan rumah aku yg sekarang ni jugekk...
Pastu nak malang, time merempit nak gi mesejid tuk solat jumaat tadi boleh pulak rantai motor aku tercabut..adehhh!!! pegal2 betis aku menolak motor naik bukit..tapi tak lah serius mana..masih boleh dibaiki..~atas pertolongan member~
Tengah2 mengelamun layan perasaan kat work station aku tadi tetiba sorang opismate aku,berbangsa cina..kasi sesuatu kat aku..yahhh duit!! terkesima aku sebab takder angin takder ribut aku dihulurkan sekeping note 50 hengget..katanya dah lama dia nak bagi something untuk birthday aku yang dah sebulan lepas tapi taktau nak kasi apa katernyerr..aku cam biasalah..dengan penuh sopan dan bertatasusila menolak pemberiannya tapi dia tetap berkeras nak bagi..nak taknak dengan hati berat dan berbunga aku ambik jugeklah..orang kata rezeki tak baik tolak..musuh jangan dicari..ehhh.betullah kata2 orang tua..tak rugi kalau kita berbuat baik dengan orang..pasti orang akan kenang kebaikan kita..tak gitew.
Oklah aku dah nak mula kejer..Harap2 uolls semua melalui hari ni dengan ceria bersama saluran ceria anda!! bye.
Thursday, April 21, 2011
Keluh kesah si bujang trang tang tang.....
Bila bukak FB tengok member-member bertunang, kawen, beranak pinak..pose2 manja dengan anak masing2..terdetik jugak perasaan jeles bila tengok diorang dahpun melalui satu lagi fasa dalam kehidupan iaitu berumah tangga dan hidup berkeluarga.sedangkan aku masih lagi jomblo atau boleh dikatakan sebagai bujang terlajak..erkk,sesuai???
Dalam meniti usia remaja nan senja nih..aku sering diasak dengan soklan yang sangat2 merengserkan..."bila ko nak kawen??"..ayooo, takder jawapan lain yang mampu untuk aku luahkan selain, "takder jodoh lagi, takder duit atau belum bersedia"..Kadang2 aku terfikir jugak selama nih diorang tak perasan ke aku nih orang yang macamana..adakah aku terlalu coverina di khalayak umum..??? atau diorang sesajer nak usik aku..ntahlah, makin dilayan, makin menjadi2 plak so biasanya aku buat acuh tak acuh jer..
Pada fikiran aku, kawen bukanlah satu jaminan kepada kebahagian hidup berkekalan..bukan meminta tapi ramai yang kawen hujung2 bercerai berai jugak kenn...
Deepdown inside, aku juga seperti insan2 lain yang punya perasaan dan keinginan untuk berkongsi hidup dengan insan yang aku kasihi dan kuchentaiiiikk.. tapi aku sedar siapa aku..aku tak sesempurna orang lain dan aku juga tak punya apa2..rupa mahupun harta..gitew..tapi aku tetap redha dan pasrah dengan segala ketentuan-Nya dan tak pernah walau sesekali aku menyesali dengan takdir aku dijadikan begini..uhuuuu *tetiba teremosional plak..kenn, ialah..aku memang boleh terima keadaan diri aku tapi yang menjadi persolannya,adakah orang2 disekeliling aku, boleh faham atau dapat terima akan situasi kehidupan yang aku lalui..??
Pada aku lah..kawen bukan sekadar untuk suka2..sedap2 buat anak..tapi lebih kepada komitmen lagi2 orang lelaki yang bakal jadi pemimpin sebuah keluarga..sedangkan diri ko pun masih terumbang ambing masakan ko nak bimbing anak bini ko nanti kan...~tapi ada orang cakap tanggungjawab dan komitmen tuh akan lahir naturally bila dah kawen..ntahlah, pendapat orang..~
Sewarok2 mereka..tapi mereka tetap berkawen..uolls,ko mampu?? tak ke sentap tuhh..
Sesekali aku berdoa kepada yang maha kuasa semoga permudahkan setiap langkah hidup aku sebab sedari kecik sampai sekarang hidup aku tak habis2 diuji..InsyaAllah dengan keizinan-Nya juga aku akan mencari serta mendapatkan kebahagiaan hidup aku sendiri dengan cara aku yang tersendiri..
Ya Allah..jadikanlah aku insan yang kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan ini..Sesungguhnya ujian yang telah kau tetapkan ke atasku adalah teramat berat yang tak mungkin bisa dipikul oleh setiap insan..Amin..
Akhir coretan, jika Allah itu mengkehendakkan aku kawen maka kawen lah aku walau apa cara sekalipun..jika bukan takdir aku untuk hidup berpasangan maka aku redha dan terima dengan penuh ikhlas..Aku sentiasa percaya yang setiap tuhan tentukan pasti ada hikmah disebaliknyerr..tak gitew??
Tuesday, April 19, 2011
Nostalgia 90'an....
"Tertutup buatmu" dari artis One Hit Wonder Wan Hardiah
Hadir ke persada seni pada pertengahan tahun 90'an..memiliki suara yang merdu seakan2 Fauziah Latiff tapi sayangnyer bintang Wan Hardiah bersinar tidak lama..dan apa cerita sekarang dia ni??
Friday, April 15, 2011
Kenapa aku selalu bernasib malang dalam percintaan...sob~....
Aku rasa aku ni santekk dan berwajah terletak jer..tapi kenapa aku selalu jer gagal dalam mencari chentaa sejati..gitew..sob..sob..Adakah kesantekkan aku ni tidak mampu dimiliki oleh sesiapa..owhhh lihatlah Donia!!! kenapa kau begitu kejam terhadap insan2 lemah seperti aku ni..*tetiba datang meroyan..huhuhu.
kalau tgh frust tu aku suka layan lagu retro ni dari The Carpenters..GOODBYE TO LOVE..melodinya betul2 membuai perasaan dan liriknyer tak banyak sikit ,betul2 kena dengan nasib diri aku ni...alahaiiii....
Wednesday, April 13, 2011
jom layan iklan dolu-dolu.....
Iklan sabun Ooohhh Palmolive..tahun 1983
Iklan sabun Camay 1982
Iklan sabun Lux Fauziah 'Ogy' Ahmad Daud tahun 1986
Subscribe to:
Posts (Atom)












