Tuesday, June 14, 2011

Bila usia menjadi ukuran...


 Pernah tak korang rasa yang umur korang ~ lebih2 lagi yang dah berusia 30'an ke atas..selalu jadi ukuran atau halangan untuk kuolls lakukan sesuatu yang betul2 uolls nak lakukan..

Macam tulah kisah Lee Soyoung, perempuan berusia 34 tahun yang tiba2 diberhentikan kerja setelah berkihdmat dengan setianya di sebuah syarikat pembekal tekstile..Terdesak untuk mendapatkan pekerjaan, dan memenuhi impiannya untuk jadi seorang pereka dia terpaksa menipu dan menggunakan identiti adiknya yang berusia 25 tahun..Macam2 dugaan terpaksa dihadapi SoYoung untuk terus mempertahankan rahsianya dari terbongkar demi memastikan impian dan cita2nya terlaksana.


Itulah Kdrama terbaru yang pastinya akan menggamit perasaan peminat2 Kdrama sekalian..Babyfaced beutiful di saluran KBSW setiap hari isnin dan selasa jam 9.00 mlm..




Monday, June 13, 2011

Korang rasa merokok tu nampak macho kerr???

Pada aku lah kalau lelaki sejati merokok..memang nampak cam macho dan penuh dengan  ciri-ciri kejantanan sangat tapi kalau pompuan tulen atau yang palsu tuh merokok, emm memang nampak cam sundel dan jalang sangat..aku bukanlah nak kondem dengan mereka2 yang smoking ni tapi sendiri mau inagtlah kesan dan akibat2nya pada diri sendiri untuk jangka masa akan datang..nak ceciter lebeh..korang sendiri dah sedia maklum dengan kesan2 merokok ni kannn....


Sejujurnya aku juga seorang perokok..sekurang2nya setahun setengah yang lalu..dan kini aku boleh cakap yang aku dah bebas dari tabiat merokok..Banyak reason yang membuatkan aku merokok mula2 dulu..sebab pengaruh kawan..tekanan hidup dan  gaya hidup barangkali..aku tahu alasan2 tu agak klise dan sepatutnya dari awal aku tak pilih untuk merokok..tapi siapalah aku...dan aku menagku kekhilafan aku dulu..



Alhamdulillah, dengan niat yang suchi murni dan keazaman yang datang tetiba jer...aku memutuskan untuk tidak merokok lagi sejak awal tahun 2010 yang lepas dan sampai sekarang aku tak menyedut walau sebatang rokok kecuali tersedut member punya asap rokok..tanpa sebarang bantuan dari tablet Nicotinex atau Niquitin pun..

Bohonglah kalau aku cakap takder sebarang godaan masa awal2 aku berhenti smoking dulu..cuma aku fikir satu.harga rokok mahal..kalau beli, buat bakar duit dan bakar diri jer..hajat di hati nak jer pow rokok memember tapi itulah, aku memang tak reti nak mintak2 orang lain punya...Selain aku elakkan untuk bergaul dengan memember yang borak2 sambil merokok, dan berkawan dengan mereka2 yang suka menghanjengkan kita yang nak berhenti merokok ni..

Jadi kalau korang rasa merokok tu buat korang nampak hebat, macho, sundel cam pompuan jalang..teruskanlah..yang terbakar duit dan diri korang jugak kannn..tapi pada kawan2 lagi2 yang baru nak kenal dunia tuh..kalau boleh elak..maka elaklah..baik korang hisap benda lain yang lebih bermanfaat..~err apa tu????~


Dan pada mereka yang  rasa2 nak berhenti tu..InsyaAllah..mana ada kemahuan di situ ada jalan..Kuat semangat dan jangan lupa berdoa..ubat2tan kat farmasi sedia membantu..Kalau boleh elakkan dari kerap bergaul dengan gang2 merokok lebih2 lagi yang suka hanjengkan uolls yang nak berhenti merokok..Hidup mati memanglah bukan di tangan rokok, tapi selagi hayat dikandung badan..tak salah kan kalau kita menjaga pemberian tuhan iaitu tubuh badan dan kesihatan kita sendiri..Mencegah bukankah lebih baik dari merawat..pesanan tulus ikhlas dari aku untuk uolls semua muassshhh!!

Friday, June 10, 2011

Eehh makin gemok ke aku nih?

Sejak2menjak ni ramai plak yang menegur aku sekarang ni nampak makin 'sehat'..Ialah sejak aku duk berulang dari rumah ke tempat kerja..sepatutnya susutlah sikit  badan aku sebab penat..tak lalu makan tapi aku rasa makin sendat adalah..~Padahal aku bukanlah jenis yang makan banyak sangat...

Euww kalau boleh taknaklah jadi macam ni...

Masa duk kawasan kuarters..rajin jugak aku workout kat gym..tp sekarang mana ada masa..nak benti makan nasi..emm rasanya tak sanggup, lagi2 masakan mak aku sendiri..Telan ubat diet, tobat dah uolls..kurus memang lah kurus tapi kalau dah effect dia buat aku insomnia dan gelabah tak tentu hala..tak bagus jugak kannn..nak kata aku berhenti hisap rokok..lama dahhhh, dan memang badan aku naik masa first2 stop smoking dulu..

Risau aku tau...

Wednesday, June 8, 2011

Karak..seram sangat ke uolls??

Karak; Laluan Puaka..

Uolls...dah tengok citer seram dari alam angker ni...Karak :Laluan Puaka..terbitan KRU Pictures..Aku bukan nak review atau  jadi pengkritik yang tak bertauliah macam yang  selalu bloggers2 atau FBians buat tuh..Sebab, aku sendiri belum tengok lagi..tempat aku ni takder wayang gambar uolls..sedih tak?? tapi nampak cambest jer bila tengok treiler dia kat TV..hantu2 dia nampak seremmm banget..tapi bila tengok yang full..ntah2 hampeh..ntahlah..nantilah bila2 DVD dia kuar..

Berpuaka sangat ke Karak Highway ni..setau aku cerita ni based on cerita dari mulut ke mulut..aku sendiri pun tak pernah kena sakat dengan hantu setan walaupun hampir setiap hari aku ikut highway ni~memanglah sundel..ko pegi balik kerja hari siang jer...hiksss.Tapi aku lagi seram nak ikut jalan Kg.xxxx  menuju ke rumah aku..~err somewhere in Karak lah kan...~seboleh2nya aku elak untuk sampai ke rumah sebelum gelap sebab after lalu kampung tu..kiri kanan jalan adalah hutan, kebun, dan ladang getah..jadi amat menyeramkan...lagipun dari aku kecik lagik jalan tu dah dimomok2kan dengan cerita2 yang ntah betul ntahkan tidak..tapi member baik aku sendiri pun pernah kena "tumpang" masa dia otw balik dari kerja shif malam..emm, aku bukanlah nak ambik pot sangat benda2 macam ni..tapi kalau hati dah rasa seram..pokok pangkalnya kita kena percaya yang benda2 tu adalah setan yang kerja dia menakut2kan , serta menyesatkan kita yang beragama Islam ni terutama sekali..

Aku orang Karak..sangat2 berbesar hati bila KRU guna nama Karak sebagai title filem angker dorang yang pertama ni..kot?? walaupun latar dan plot cerita dia lansung takder kena mengena dengan kawasan kat mana aku duduk..

P/S: 11 Tahun yang lalu, dapat peluang bercakap dengan VJ MTV NO LIMITS..Cherryl Samad..dia macam terpinga2 bila aku cakap aku dari Karak..maybe dia tak pernah dengar nama tempat tu atau dia kurang dengar jawapan aku..???





Monday, June 6, 2011

Bila tiba cuti sekolah...

Sekarang ni tengah musim cuti sekolah..dan biasanya kalau time budak2 sekolah cuti ni rumah aku jadi meriah ler  sikit dari kebiasaanya..manakan tak..time macam ni lah anak2 buah aku berkumpul kat rumah..anak2 buah aku kebanyakanya kecik2 lagi..ada yang masih tak reti bahasa lagi..


Time macam ni  jugaklah aku selalunya jadi pening dengan gelagat anak2 buah aku yang tak makan saman...Bukan taktau pakcik dorang ni garang dan selalu marah2 tapi kids are always be kids..makin ditegah makin dibuatnya..Mana yang dah besar sikit,dah reti bahasa tuh taulah pakcik dia tak suka itu,ini, begitu dan begini..tapi yang still under age 5 years old tuh...sekali jer kena marah,kena tibai pastu diorang buat balik...
paling tension bila time aku nak lepak2 tengok tv..dan2 lah dorang buat aksi smackdown kat depan2 tv tuh..takpun kacau aku duk layan cter korea..time2 tuh jugak merengek2 mintak tukar siaran kartun..kalau tak dilayan mula buat muka merajuk then taknak cakap dengan aku selaku pakcik dorang ni...heee bila teringat balik,buat aku tersenyum..dengan telatah budak2 ni..

Tapi apa yang aku duk perati..budak2 sekarang ni dah tak adventures..sehari suntuk duk main kat dalam rumah takpun laman rumah..tak macam aku kecik2 dulu..time cuti ni lah peluangnya aku nak merayau2 keliling kampung, mandi sungai..dan main sepuas2nya...Cuma apa yang aku jeles kalau cuti mak bapak dorang ader jer plan nak bawak anak2 jalan gi makan angin,Zoo, picnic lah bagai..tapi time aku dulu..siyes, mak bapak aku tak pernah pun bawak aku gi jalan2 macam tu..

Apa yang pasti bila start sekolah balik..rumah aku akan kembali sunyi dari suara budak2 teriak..menjerit..dan masa tulah aku jadi rindukan suasana yang selalu buat aku tampal koyok kat dahi tu..Walaupun aku selalu jerit2, marah2 kat anak2 buah aku tapi hakikatnya aku still sayang cuma mungkin ekspresi aku berbeza dari orang lain..Ada masa aku still bawak dorang jalan2..beli jajan2, bergurau senda dan laya kartun dengan dorang... tapi budak2 ada dunia mereka yang tersendiri..satu dunia bebas yang kita orang2 dewasa rindukan...


Saturday, June 4, 2011

Takder rezeki nak mencekik Lasagna Secret Recepi hari nih..



Lasagna Secret recepi sentiasa menjadi plihan seleraku...

Rancangan hari ni sepaptutnya nak turun KL..jumpa kawan dari jauh~pergunungan Mongolia katernyer..ko ader??..Hajat dihati nak serahkan gelas2 McD yang aku tolong kumpulkan untuk dia~sebagai balasan dia janji nak belanja makan kat Secret Recipe tapi takder rezeki lagi agaknya bila plan yang dirancang terpaksa ditangguhkan atas sebab2 kesihatan yang tak membolehkan dia berjalan jauh..



Gara-gara nak tolong kawan ni kumpulkan gelas2 McD ni tak pasal2 aku naik 3kg dlm bulan ..no more mCd stuff well atlist untuk tempoh 3 bulan..muakkkksss..okay!

Nak buat macamana..aku pasrah jerlah kan..lagipun takder yang penting sangat aku nak cari kat KL tuh..just sesekali turun sana aku ingat nak jugak singgah MPH Midvalley..cari buku2 yang best untuk dibaca~ aku sangat 2 suka membaca tau..Mungkin lain hari sajer..Oh yea aku dengar Ultraman akan datang ke Sg.Wang Plaza..kalau tak boleh aku snap2 gambar then propah kat anak2 buah aku yang aku jumpa Ultraman..live lagi...mesti dorang akan teruja...Hikksss...


So untuk memenuhi masa yang terluang di hari cuti nih aku just kuar bandar shopping lite2 dan ingat lepas aku update entry ni aku nak gi bayar bill broadband~aishh aku baru jer nak terminet servis sejak aku dah duk kat rumah parent aku~coverage kat area rumah aku sangat teruk..very der slow then dalam seminggu dua ni ok plak..tahniah Maxis BB yang dah menambah baik mutu perkhidamatan ke kawasan2 ceruk rantau..dan terpaksalah aku korbankan seratus sebulan untuk bill..asalkan laju aku tak kisah..ternet slow sangat2 merengserkan okay!!


Friday, June 3, 2011

Menjaga keshantekkan cara masyarakat dintis...


Kesantekkan adalah milik setiap insan...tak gitew? masalahnya santek ker uolls??? Entry kali ni aku nak review produk keshantikkan yang aku guna saban hari sejak tahun lepas lagi..
~ sumpah aku tak dapat sesen pun dari syarikat pengeluar~



 Gel Vit.E dari Fruits Of The Earth yang dibeli kat Guardian..

Aku guna  product ni sebab ianya pelbagai guna..as losyen dan pelembap untuk seluruh tubuh termasuk rambut..Teksturnya ringan, mudah meresap, tak berminyak dan tanpa bau..selain harganya yang mampu dimiliki oleh staf2 gomen yang berpangkat rendah seperti aku ni...

Aku selalu guna bila nak kuar bekerja atau berjimba2..Campurkan bersama sunblock untuk kurangkan rasa melekit sunblock kat tangan..dan oleskan kat muka bersama foundation dan hasilnya macam kita pakai bedak kompak..

Malam, sesudah Isya'..sebelum tidur aku sapulah gel aloevera~dari produk yang sama~ ke muka as pelembap..rasa nyaman dan ada bau rose..dan yang penting ia cepat meresap dan  tak berminyak juga..


Aku sama macam kebanyakan orang, kalau boleh nak kelihatan segak dan konfiden ..aku selalu mengimpikan muka aku  bebas cela, parut dan susuk2 halus yang tumbuh meliar...tapi masalahnya aku sangat2 malas nak amalkan rutin membersih, menyegar dan melembap..jadi mana yang sempat, itu sajer yang aku buat..dan pada pandangan aku tak kira kalau ko lelaki, perempuan tulen atau palsu sekalipun tak banyak, sikit pun kena jaga anugerah yang tuhan kasi..iaitu rupa paras dan tubuh badan..

Tak perlulah berhabis duit untuk beli produk yang mahal2~hujung2 ko nampuk waruk jugak~ berpada2lah mengikut kemampuan..dintis buat cara dintis..aku kalu rajin siap tepek2 bedak sejuk jer kat muka..janji feeling2 cun macam opera cina..ko mampu?


Kerana keshantekkan aku ni tak mampu dimiliki oleh sesiapa..*matilaaa