Tuesday, March 1, 2011

Akhirnya Lolipop 'pop' menjadi milikku..


Ekk..bukan Lolipop ni korang yea...tapi yang ni

 LG Lolipop GD580..yang selama ni menjadi igauan aku siang dan malam..

Orang tanya..kenapa tak Blackberry ke,Nokia ESeries ke, Iphone atau smartphone2 yang lain..Jawapan aku senang jer..Aku taknak bazirkan duit untuk sesuatu yg aku tak minat..Pelik kan?? Aku memang macam ni,selalu minat pada sesuatu yang kebanyakannya orang lain tak minat.

Dah lama meroyan nak pakai hp ni..akhirnya dapat jugak..Tak nyesal pun berbelanja untuk puaskan kehendak hati...Asal aku guna duit gaji dan saving aku sendiri..tak mintak duit korang pun kann...

Aku pilih LG Lolipop untuk dijadikan gadjet peneman aku sepanjang masa sebab;


*CLAMSHELL/FOLD




Minat sangat dengan design cenggini,walaupun tahu yang jenis macam ni mudah punah.

*KOREA




Suka tgk artis2 korea pakai hp macam ni dalam kebanyakan Kdrama yang aku tengok kat tv..~Kes mudah terpengaruh nih.~

*SIMPLE & STYLISH



Rekabentuknya yang simple,stylo, trendy dan sesuai untuk golongan muda mudi..ehh aku muda lagi ok.

* MAMPU DIMILIKI

Kalau nak dibandingkan dengan jenama2 hp yang aku sebut tadi..yg hat ni lagi murah dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat...

*USER FRIENDLY

Ciri2 yang penting untuk sebuah hp mestilah user friendly..baru tak kelam kabut dan terhegeh2 bila nak guna.






*FUNGSI YANG CAMBEST

                                          
Antara function2 dia yang agak2 best bagi aku, ada sambungan 3G, kamera 3.0mp..FM radio dan lain2 function yang ada pada kebanyakan hp yang lain..




Aku tau yang selera aku ni berubah2..asal ada model baru keluar mulalah datang balik meroyan aku nih..tapi selagi mampu dan tak susahkan orang lain..takperkannn..member2 opis pun siap cakap berapa lama aku boleh bertahan dengan hp ni..elehhh jeles..hehe aku bukan bertuka2 pasangan pun..



Yapseohhh..berangan korea lah sangat kann..padahal rupa aku dahlah iras2 Nigeria...

Wednesday, February 23, 2011

Antara Minat, keperluan dan kemampuan...

Salam...Korang rasa membazir tak kalau kita habiskan duit untuk sesuatu yang kita suka atau dengan kata lain untuk kepuasan hati sendiri..~

 Bagi aku ianya tak jadi hal selagi kita mampu dan tak menyusahkan mana2 pihak...Tapi dalam kes aku ni..aku dikatakan membazir kerana selalu tukar2 handphone sedangkan hp yang aku guna masih elok..Apa yang mereka tak paham.., perlu ada feel bila aku gunakan sesuatu benda tu especially gadget seperti hp.~
Ada orang just guna hp sebagai keperluan..asal boleh call in, call out hantar mesej sudah...Tak kesahlah hp jenis apa hatta hp dari zaman nabi sekalipun..tapi aku tidak..Aku anggap hp bukan sekadar hp bahkan eksesori pelengkap gaya dan sebagai identiti diri kita sendiri..Nak2 bila kuar hp dengan design serta function yang menawan kalbu..untuk mendapatkannya.., sempat aku meroyan dulu.

Aku rasa minat dan hobi aku ni taklah sampai memakan belanja yang besar..~ada orang tu minat benar makeup2 kereta..sanggup berhabis duit  pasang sport rim baru, eksesori bagai nak rak...just nak puaskan hati sendiri..lagipun bukan untuk kereta siapa..untuk kereta sendiri jugakkan..itu bagi kebanyakan lelakilah..
Orang perempuan pulak ramai yang suka dengan benda2 branded..kalau boleh baju, handbag, kasut semuanya nak ada 'nama'..sanggup nih simpan duit..ikat perut bagai just nak dapatkan barang2 tuh..~tak kisahlah asal keinganan hati dapat dipenuhi...~


Selagi aku tak mintak duit sesiapa..dan selagi minat tu masih ada..InsyaAllah aku akan teruskan..dan terima kasihlah atas kata2 seorang kawan yang cakap aku membazir tu..Ianya satu nasihat yang berguna sebenarnya cuma ini soal minat dan hobi aku sendiri..ada aku mintak ko spedo aku?? hikss~

Tuesday, February 22, 2011

Junior Mastercheff Australia..

Seingat aku, sejak umur 10 tahun lagi aku dah mula memasak..~itupun cuma nasik goreng,telur dadar, termasuk mi segera~ tapi budak2 nih dari umur 8 hingga 12 tahun dah punya skill masak yang superb..they'r really  prodigy..nak kata kagum jugaklah sampai terliur nak rasa apa yang diorang masak tuh...


Itulah Junior Mastercheff Australia yang sempat aku tengok semalam kat STARWORLD saluran Astro 711..satu rancangan yang mencungkil bakat masak-memasak dari kalangan budak2 serata Australia..versi asalnya..aku tak berapa pasti~


 Setiap minggu diorang diberi task, reka resipi sendiri mengikut bahan2 yang dipilih/ditetapkan dan satu lagi task ialah masak masakan yang sama dengan masakan cheff jemputan tetapi dengan kreativiti masing2..Dari situ boleh kita boleh tengok aksi budak2 ni memasak, dengan kelam kabutnya..lagi stress bila time limit diorang sekitar 1 jam atau 45 minit sajorrk.


Kalau nak dibandingkan dengan kemahiran aku masak..aku rasa boleh kalah dengan bebudak ni..manakan tidak..asal nak masak something, jenuh google resipi..






wajah-wajah pemenang??

P/S: Rasa2nya Mastercheff versi Malaysia adatak nanti??

Thursday, February 17, 2011

Hidup untuk menari!!!!...

So you think you can dance??, Showdown (ntah apakebendantah..) , ko ingat tarian kao bagus sangat?? aku tak pernah kesah pun tapi yang ni lain skett sebab berjaya jadi satu2nya program pertandingan tarian yang dapat menarik perhatian aku...Tak lain tak bukan "Live To Dance" yang sedang hangat ditayangkan kat saluran STARWORLD Astro 711..sapa yang tak langgan Variety pakage memang rugilah kannn...





Seperti biasa kalau dah namanya pertandingan mesti ada para juri atau pengkritiknya kan..Untuk ranccangan Live to dance versi US..(Versi asal dari UK..Got to dance) terdiri dari juri tetap yang memasing pakar dan berpengalaman dalam bidang tarian..antaranya Diva tari menari Paula Abdul..~rasanya ni lah projek yang pernah dia cakap pas benti jadi juri AI.~, Kimberlly Wyatt..ex Pussycat dolls..dan Travis Payne..emm tak kenal sangat dengan negro botak ni...:)

Amanda dan D'Angelo..antara peserta cilik yg mendapat pujian dari judges...
 ~Tak padan dengan kecik, tapi masing2 gatai noo...open sangat dengan hubungan dorang~

Pertandingan ni terbuka kepada semua golongan..tak kira usia dari muda sampai lah yang ke tua ganyut, solo atau berkumpulan malah ada peserta OKU yang datang audition, asalkan punya bakat dan minat yang jitu dalam bidang tarian..gitu kaedahnya..dorang cuma kena impress para juri jer..

Dan bagi aku sendiri, rancangan ni betul2 beri inspirasi bahawa tak kira siapa pun diri kita, tua atau muda kita memasing punya impian yang perlu  digapai serta bakat yang perlu di ketengahkan...

So, rancangan ni dah jadi antara rancangan wajib tengok tetiap minggu..~ aku tengok tv cuma pada weekend jer~ sebab tak sabar2 tengok aksi tarian yang penuh dramatik lagi menyayat hati..chewahhh..dan part yang paling syok tentulah..whos gonna be in and whos gonna be out..adat pertandinganlah katakannn....



Tuesday, February 1, 2011

Al Fatihah....

Salam takziah buat keluarga,saudara mara serta teman2 rapat Zawani atau Wani yang menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 27.1.2011 bersamaan hari Khamis yang lepas..
Arwah merupakan seorang Pegawai khidmat Pelanggan di tempat aku bekerja..Pemergiannya dalam usia yang masih muda meninggalkan dua cahaya mata yang masih kecil dan sangat2 memerlukan kasih sayang seorang ibu..Namun jika itu sudah suratan ajalnya, tiada siapa yang mampu menghalang kehendak yang maha Esa..
Walaupun tidaklah rapat dengan arwah..tapi sikapnya yang mesra dan tak sombong membuatkan pemergiannya turut dirasai...
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan Allah menempatkanya di sisi insan2 yang diredhai..Amin...

Wednesday, January 26, 2011

Salam......

Aku buat blog ni just nak share dengan readers akan perjalanan hidup aku selama 29 tahun ni..Apa yang aku suka lakukan, apa yang aku lalui sepanjang hari...dan perasaan aku sendiri mengenai sesuatu perkara...
Aku harap apa yang aku sampaikan tidaklah menyinggung perasaan sesetengah pihak...