Monday, July 18, 2011

Mimi mencari cinta


Asyik cerita pasal drama Korea jer kan..nanti ada orang kata aku ni tak padan duk kampung tapi feeling2 tak tengok drama2 tempatan,cerita melayu khasnya..tapi memang pun..

Jadi kali ni aku share satu drama melayu yang pada aku tak kurang hebatnya..jalan cerita best dan yang penting barisan pelakon2 dia mantop2 belaka..tak lain tak bukan "Mimi mencari cinta" yang kini disiarkan kat saluran Astro Warna setiap hari khamis malam..tak ingat pukul berapa pasal aku selalu tengok yang ulangan punyerr..~Pada saper yang tak melanggan pakej mustika usah khuatir..aku bajet mesti bila citer ni habis dia akan siarkan kat saluran Ria atau Prima..macam tu lah kebiasaanya kan..


Cerita ni mengisahkan Mimi gadis berusia 25 tahun,kuat melatah, bermulut lepas dan berkerja sebagai promoter kat pasaraya..mak dia selalu push2 suruh kawen tapi Mimi kalau boleh nak mencari cintanya yang sejati..persoalanya adakah lelaki yang nak dekat dengan Mimi yang kuat melatah tu??

Kat tempat kerja dia pulak selalu berbalah dengan Haikal..Boss baru Mimi yang berlagak dan poyo tapi orang2 tua cakap..lelaki dengan perempuan..jangan selalu bergaduh2..mana tau duk gaduh2, balah2..hujung2 dijodohkan bersama..


Drama berganre komedi yang diarahkan oleh Micheal Ang ni dibarisi pelakon2 handalan seperti Scha Al Yahya (Mimi), Zizan Nin (Haikal), Eliza Razak (Ejay), Amar (Haziq), Sharifah Shahora (Amore) Liza Abdullah (Mak Mimi) dan yang menceriakan suasanan tak lain tak bukan...


Noryati Taib a.k.a Makcik Merry sebagai Makcik Rohana jiran Mimi yang selalu bersaing..takmau kalah dengan mak Mimi....

Aku promote lebih2 ni bukan dapat apa2 pun cuma nak share dengan uolls apa yang aku suka dan minat sajer..Kalau ada hati nak tengok..tengok kalau tak..aku tak rugi apa2 pun kann..


Hahaha indahnyerr hari bila poyo takder kat pejabat....




4 comments:

  1. isk isk..kesian sangat....nak buat mcamana..

    ReplyDelete
  2. Lain kali bagi le link skali senang nak download.usahkan astro tibi pon takdak kat bilik aku ni hahaaa :p

    ReplyDelete
  3. isk isk ni lagi sorang kesian,pe kata korang try tengok dan donlod kat youtube jer..jgn kata korang tak guna internet kat rumah..tu lagi sedih

    ReplyDelete