Monday, July 11, 2011

My kitchen Goddess

Kann... tajuk verry the internationale...akan tetapi..~

Salam hari Isnin uolls..Hari ni mood lite2 jer..cuaca pun mendung semcam..harap2 hujan ler petang ni..takderlerr panas sangat...Gitew intronyer..
Jom terus ke tajuk utama..Kali ni aku nak share antara tukang masak2 perempuan yang aku minat dan kagumi dari dalam dan luar negara..Emm, aku ni dari kecik suka layan rancangan masakan kat TV..dari zaman Chef Wan malu2 kucing dalam rancangan Kuali bersama Laila Johari lagi...Sebabnyerr aku suka makan dan gemar memasak di waktu lapang...dan hasilnya kini aku jadi lebih pandai memasak dan kreatif mencipta serta mengubahsuai resipi..

Masa terluang aku kat rumah, kebiasaanya dihabiskan dengan mengadap TV dan dalam banyak2 saluran yang ada kat AStro tuh..AFC jugak yang aku pilih sebab tv tu khas untuk rancangan masak-memasak dan makan2..Dari situ aku belajar banyak jenis masakan tak kira masakan tempatan ataupun barat..Tapi agak2 ler..takkan orang tu masak vavi ko pun nak try masak vavi jugak kenn..

Jadi kalau entry yang lepas aku dah share dengan korang antara jantan2 gastrosexual ittew..kali ni aku nak tunjuk antara list celebrity chef perempuan pulak..

Antaranya;
Kylie Kwong (Australia)
Chef yang terkenal di Australia..Pengacara rancangan Kylie Kwong Cooking with heart and Soul..penulis buku dan tuan punya restoran...Bila dia berceloteh..bunyinya seakan sama dengan bunyi percikan minyak panas kat kuali...


Anis Nabilah (Malaysia)
Kat Malaysia tak ramai chef2 perempuan yang bukan sajer, cantik, comel dan muda..Host rancangan Icip-icip (AFC),Sesedap rasa dan Enak Tradisi kat saluran tv tempatan..

 
Florence Tan (Malaysia)
Dari aku kecik lagi nama Florence Tan dah sinonim dengan rancangan2 masakan kat TV  kita..selalu bergandingan dengan Chef Wan, Chef Ismail..Suka dia sebab membawakan budaya serta masakan masyarakat Baba Nyonya Melaka..


Nigella Lawson (UK)
Seorang penulis, broadcaster dan host rancangan masakan popular seperti Nigella Forever Summer, Nigella Bites dan Nigella Express..Tak suka dengan gelaran selebriti Chef disebabkan tidak pernah menerima latihan profesional dalam bidang masakan dan menganggap memasak hanyalah sekadar hobi dan suka2 jer..
Resipi yang dikongsi biasanya ringkas dan mudah. Aku suka tengok cara dia memasak..Menggoda dan penuh dengan keghairahan..~maksud aku selera lah...Digelar Queen of Porn Food namun menidakkan gelaran tersebut..

Akhir sekali,

Anna Lawson (AS/Kanada)
Penulis buku resipi, host rancangan Sugar dan Fresh with Anna Olsen..Seorang Chef pastry professional kelahiran AS dan kini menetap di Ontario, Kanada.

Antara chef lelaki dan perempuan bagi aku sama2 hebat dan punya aura serta personanya yang tersendiri untuk aku dan bagi mereka2 yang suka layan rancangan2 masakan terutamanya mengikuti setiap episod rancanagan masakan dorang..Dan orang2 perempuan pulak janganlah suka nak komplen yang cheff2 lelaki ni masak carcamerba..messy sebab memang dah sifat lelaki macam tu..Aku tengok chef Wan yang lemah gemalai tu..bila masak2 kasar semacam jerr...tak gitew..??





5 comments:

  1. Sama lar kite, akk pon rajin gak tgk AFC tu, dari Naked Chef (pengotor sket), Chef at Home(pembersih), Nigella (kopek besor hehe) sampai lar ke Ho Chak pon akk tgk, HAHAHAHA....

    Sonok sbb w/p tgk kat tv je pon rasa cam puas & kenyang khennn...

    ReplyDelete
  2. Khennn...samalah kiter, ho chak pon saya layan..yg saya tk tgok time dorang duk masak2 vavi golek ker...euwwwww...

    ReplyDelete
  3. Akk kalo tgk part masak vavi tu akk bayangkan daging lembu/ayam jer...leh kite modified khennn

    ReplyDelete
  4. haha.. aku suka tgk rancgn memasak time bulan puasa jer.. terliur rasa bila tgk diorg buat kuih raya dlm TV.. rasa mcm dh tak sanggup nk teruskan puasa jer.. keh keh keh

    ReplyDelete
  5. tak dapat dibayangkan...huhuhu

    zack..bulan pose mesti meriah dengan citer masak2 kan..sajerr jer nak menggugat keimanan..tp aku harap ko pose penuh tahun ni ekk...

    ReplyDelete