Friday, July 1, 2011

Memori siri2 tv 90'an....

Back in the 90's..masa tu aku masih bersekolah rendah/menengah..Kira young and adolescent lagik..then masa tu jugak aku suka sangat tengok tv~walaupun cuma ada 3 chanel..TV1,TV2 dan TV3..tetap gigih melangut depan tv..tapi skrang dengan adanya macam2 chanel kat Astro..aku jadi taktau nak tengok yang mana satu..Kadang2 tu semua chanel yang aku bukak..takder satu pun rancangan yang menarik minat tuk aku menontonnya sampai habis..

Entry kali ni nak share dengan uolls pembaca blogku yang budiman sekalian,..beberapa siri tv tahun2 80'an dan 90'an yang aku suka dan paling diingati hingga kini..antaranya;

Macguyver ( 1985-'92 )
Lelaki dengan kepakaran mengolah, mengubah serta mencipta alat peranti..soal hidup mati dalam menyempurnakan misinya bergantung dengan kepakarannya itu..

Lois & Clark:The new adventure of Superman
(1993-'97)
Pengembaraan Clark Kent bersama kekasih hatinya Lois Lane sehari2 di kota Metropolis..
~Masa ni Terry Hatcher belum jadi surirumah yang terdesak lagik..

21 Jump Street ( 1987-'91)
~Johny Depp before Jack Sparrow..Kisah polis2 undercover yang menyamar jadi budak2 remaja untuk selesaikan kebanyakan kes juvana...

The X-files ( 1993-'02)
Popular dengan trademarknya "the truth is out there"..2 ejen FBI Fox Mulder dan Dana Scully menyiasat kes2 yang berkaitan dengan aktiviti paranormal..dan alien..

Alien Nation (1988-'90)
Cuba bayangkan sekiranya makhluk asing tinggal bersama kita kat Bumi ni,..bersekolah..bekerja dan berjiran dengan makhluk asing..emmm??

Last but not least..


Baywatch ( 1989-'91)
 Sapa yang boleh lupa dengan pengawal2 keselamatan pantai yang gorjes dan kekar...Masa tu aku berharap aku yang lemas, diselamatkan dan diberi bantuan CPR oleh salah sorang pengawal pantai kat situ..nakal~



Kalau ikutkan banyak lagi yang nak aku share dan review tapi kebanyakannya jugak aku dah lupa tajuk..Dan aku berharap perkongsian aku kali ni dapat mengimbau nostalgia tahun2 90'an terutama bagi mereka yang lebih tua atau sebaya dengan usia aku sekarang ni...:)



4 comments:

  1. Wah! kenangan tu...

    Akk lak kecik2 dolu ske cite cam Happy Days, Three's Company, Wait Till Your Father Get Home (cartoon), Space 1999, Bewitched, I Dream of Jeannie etc.

    Ada bnyk, tp xigt da...*huhu, tgk tajuk nampak noe den da tuo, hahahaha*

    ReplyDelete
  2. aku teringat citer doraemon,smurf,ultraman kids, gaban, flashman, dash yonkuro, kickers dgn tomatoman jer.. semua citer karton sbb time tu aku budak2 lagi.. keh keh keh

    ReplyDelete
  3. kak zazah..bewitched jer saya tengok yg lain tak ingat sangat...

    Zack..tu semua my feveret cartooon back when i was small..uolls

    *uolls bagi aku idea untuk next entry..nantikan...

    ReplyDelete
  4. ehh kak shikin...sorry ingat kak zazah td...:)

    ReplyDelete