Wednesday, March 23, 2011

Princess Prosecutor....


Ma Hye-Ri, seorang gadis yang mempunyai tahap IQ 168 dan daya tumpuan yang tajam sehingga membolehkan dia lulus exam kelayakan untuk jawatan sebagai pendakwaraya..


Semasa majlis graduasi, Hye ri berjaya meloloskan diri dari menghadiri bengkel semata2 tidak mahu melepaskan peluang untuk ke majlis lelongan kasut mewah Grace di hotel resort ski..namun nasib malang menimpa apabila keretanya diceroboh pencuri..dan pelbagai lagi insiden malang yang menimpa dirinya, tetapi kejadian2 malang ni membawa kepada pertemuan dengan bakal kekasihnya..Seo In-woo,seorang peguam dan Yoon Se-joon..lelaki yang diminatinya dan juga bakal seniornya sendiri.


Menjadi seorang yang fashionable, dan berpegang pada prinsip bahawa hidup bukan untuk bekerja semata2 membuatkan Hye-ri dipandang berbeza oleh senior2 di firma pendakwaraya tempatnya memulakan tugas..Hye-ri gemar membeli-belah dan berhibur dari mengorbankan masanya untuk bekerja sehingga lewat malam..


Kerana bersikap begitu, Hye-ri dianggap tidak bertanggungjawab, dan lalai dalam menjalankan tugas sehingga diberi gelaran seperti dungu serta NCP ~night club prosecutor~ ..Dikatakan juga bahawa Pendakwaraya Yoon yang melatihnya berputus asa dengan sikap sambil lewanya lantas sering diberi kes2 kecil atau tiada langsung kes untuk dikendalikan olehnya.


Sehinggalah suatu hari apabila Hye-ri dapat tahu yang rahsianya tidak hadir ke bengkel dan berada di resort ski terbongkar..Sedar akan kelalainnya dan tidak mahu dipandang rendah oleh pendakwaraya2 senior yang lain,Hye-ri bangkit memperbaiki kesilapanya serta menunujukkan kehandalan sebenarnya dalam mengendalikan kes..Dan akhirnya Ma Hye-ri menjadi seorang pendakwaraya yang berkaliber dan dipandang tinggi.... 

No comments:

Post a Comment