Thursday, May 19, 2011

Meeting hari ni....

Ada ke antara korang yang baca entry aku ni suka sesangat dengan aktiviti mesyuarat atau meeting dalam bahasa omputesnyerr..Kalau aku lerr,dengar jer perkataan meeting terus down..perasaan boring,ngantuk..lapar nak terkucil semuanya terbayang2..yup,aku sememangnya tidak berapa gemarkan aktiviti yang satu nih walaupun ianya agak penting untuk dilakukan dalam sesebuah organisasi...



Pagi tadi..Jabatan aku~PDSP ( Pusat Dokumentasi Sumber Pendidikan ) adakan meeting untuk penetapan aktiviti sempena majlis penutupan hari guru..Syukur sangat2 dengan kehadiran KP~Ketua Pusat kami yang baru..meeting tidak lagi jadi sesuatu yang terlalu formal  dengan aktiviti2 tambahan seperti book review dsbnya..serta isi perbincangan tidak meleret2 sampai aku naik konfius tak tahu mana hujung pangkalnya...

Isu perbincangan meeting tadi cuma nak inform motiff utama sambutan dan pembahagian tugas setiap staff dalam menjayakan program ittew..aku diletakkan di bawah AJK persembahan dan dipertanggungjawabkan untuk mencari ilham mengubah sajak bertemakan jasa guru untuk dipersembahkan kepada tetamu2 majlis ittew nanti..~ alah,tulis sajak..itu kacang jer bagi aku tapi yang tak tahan tu mungkin aku kena jadi deklamator sajak tuh sendiri..Kau mampoo?? matilaaaah dah lah vokal aku  nih ala-ala..gitew..sah2 buat orang gelak sajork...tapi awas ya kalian..berani2 aja menghanjengkan aku nanti...amek ko!!!

4 tahun lepas aku pernah bekerja yang mana rutin hariannya adalah meeting sepanjang pagi,setiap hari tiada ampun..lepas meetin tu,meeting ini plak..sampai ke tengahari maunya aku tak muak dengan meeting sampai sekarang nih..

Esok ada lagi satu meeting pusat wajib attend..mujur hari jumaat..oh ye..hari ni,hari khamis..balik nanti boleh lah singgah kat pasat tani Kampung baru,Bentong..tapau nasik kerabu kakak cengkung...





2 comments:

  1. satu je aku suka time meeting.. time jamuan ringan.. hahaha

    ReplyDelete